Saturday, December 28, 2013

Kejayaan Anugerah Allah

Alhamdulillah,
2013 dan 1434 meninggalkan kenangan yang indah...
Azam dan cita-cita tidak ditetapkan secara spesifik (tidak bertepatan dengan konsep) dan jauh sekali untuk ditulis tetapi perjalanan hidup dirasakan agak selesa..

Proposal PhD. diterima dengan pembetulan cukup melegakan setelah dua tahun brhempas pulas menyiapkannya...Kini persediaan untuk VIVA dirasakan bertambah perit...semuanya memerlukan kecekalan dan ketabahan yang tinggi...

Aku tahu ...
terkadang jiwa ini terlalu lemah....Berita kenaikan gaji untuk Master dan PhD. sebenarnya tidaklah begitu mengujakan berbanding dengan liku dalam pengajian dan kewangan dan masa yang dicurahkan...walau bagaimanapun syukur kepada Allah kerana membuka sedikit mata ahli politik bagi memberikan sedikit keselesaan kewangan untukku meneruskan pengajian ini.

Berita kenaikan taraf ke IPTA untuk KUISAS menyebabkan aku mula memasang angan-angan untuk menjadi pensyarah di sana...mungkin ada rezeki untukku dan keluargku di UISAS.




Friday, August 17, 2012

SEM 2 PhD

Alhamdulillah, dah sem. 2 PhD.

Kini, sibuk dengan proposal untuk pembentangan sem. 2 nanti.
Target pertengahan bulan Oktober 2012. Macam-macam perasaan ada, takut, gementar, blurrr... pun ada. Kalau sehari dapat siapkan dua perenggan, tu dah kira cukup bagus (kategori excellent lima bintang).

Proposal...
makin dichcek makin banyak tak kena...sekali check...dua kali salah...dua kali check...tiga kali salah...teringat pula kehebatan Al-Quran...sekali turun tak payah dicheck dah...betul je semuanya. Di sinilah baru terasa kerdilnya diri ini...

PhD. bukan tempat untuk kepentingan bermegah-megah, bukan sekali untuk dibangga-bangga tetapi untuk disyukuri akan kehadirannya. Pilihan Allah memang tepat untuk hambanya yang mampu walaupun kekadang dirasakan tak berapa mampu kerana sifat kehambaan yang terlalu daif ini.


Namun, atas dasar dan perasaan bertanggung jawab terhadap pembangunan kemanusiaan ummah, maka perjuangan ini perlu diteruskan...

Tenagaku tak cukup kuat untuk menggalas senjata, tak mampu untuk menerbangkan jet pejuang yang canggih dan tak mampu untuk berjuang di medan perang seperti syuhadak yang telah meninggalkan kita semua untuk syahid mengakkan agama Islam tercinta.

Dan...
jika dikira untuk menggalas cabaran PhD. ini pun aku...bukanlah orang yang layak untuknya...tetapi Allah tetap dan telah memilih aku untuk menanggung segala keperitan Phd. ini...dan atas dasar inilah maka perjuangan ini Insya Allah akan tetap kuteruskan selagi hayat dikandung nyawa.



Roslan Ahmad Fuad.

Saturday, April 14, 2012

Monday, December 5, 2011

Teori Perkembangan Erikson

http://www.scribd.com/doc/50327869/1/Teori-Pembelajaran-Sosial-Rotter-1971




Teori Perkembangan Erikson



Teori perkembangan Erikson berdasarkan pemahaman berlakunya konflik pada setiap peringkat perkembangan yang tertentu. Konflik ini berlaku kerana terdapat unsur positif dan negatif dalam setiap perkembangan. Konflik yang berlaku mendorong penyesuaian psikologikal secara berterusan. Setiap konflik yang berlaku pada peringkat-peringkat yang tertentu mempunyai ciri-ciri yang khusus. Teori yang dikemukan oleh Erikson dikenali sebagai Teori Perkembangan Emosi-Fizikal Erikson. Beliau mengenal pasti beberapa peringkat perkembangan emosi manusia. Peringkat tersebut bermula pada peringkat bayi hingga peringkat tua.

Peringkat Bayi

Peringkat bayi berlaku dalam lingkungan 0 hingga 1 tahun. Konflik yang berlaku pada peringkat ini dikenali sebagai Konflik Kepercayaan Lawan Tidak Kepercayaan. Rasa kepercayaan mengikut Erikson dibina secara berperingkat-peringkat. Titik permulaannya adalah pada tahun yang pertama. Apabila sesuatu keperluan seseorang kanak-kanak itu tidak dipenuhi maka akan berputik rasa ketidakpercayaan. Rasa ketidakpercayaan akan diterjemahkan dengan perlakuan atau tingkah laku yang negatif.

Peringkat awal kanak-kanak

Peringkat awal kanak-kanak ini berlaku dalam lingkungan umur 1 hingga 3 tahun. Kanak-kanak yang melalui peringkat ini, berkeinginan mempunyai kuasa membuat keputusan yang berkaitan dengan aktiviti seharian. Mereka berusaha menunjukan dan membuktikan mereka boleh membuat sesuatu yang diingini dengan kebolehan dan daya usaha mereka sendiri tanpa bantuan orang lain. Pada masa yang sama kanak-kanak dalam lingkungan umur ini akan berasa malu apabila tidak diberi kuasa yang perlu ada pada mereka. Mereka tidak sahaja malu pada diri sendiri tetapi juga malu kepada individu yang berada di sekeliling mereka. Mereka juga bimbang dan malu apabila mereka melakukan kesalahan di depan orang lain. Konflik yang berlaku pada peringkat ini dikenali sebagai konflik Autonomi Lawan Malu/Ragu.



Peringkat awal kanak-kanak tadika

Peringkat awal kanak-kanak tadika ini berlaku dalam lingkungan umur 3 hingga 6 tahun. Konflik yang berlaku pada peringkat ini dikenali sebagai Konflik Inisiatif Lawan serba salah. Antara ciri-ciri perkembangan emosi yang ada secara lansung atau tidak lansung. Oleh itu, kanak-kanak pada peringkat ini amat peka kepada fakta-fakta yang tepat atau yang salah. Sebaliknya, mereka akan cepat berasa serba salah apabila diketawakan ketika mereka melakukan sesuatu yang salah atau memberi jawapan yang menyimpang. Kesannya, mereka akan membina dengan sendirinya sikap negatif apabila mereka berasa serba salah.

Peringkat kanak-kanak

Peringkat kanak-kanak ini berlaku dalam lingkungan 6 hingga 11 tahun. Pada peringkat ini keinginan terhadap sesuatu dan menguasainya adalah sebahagian daripada matlamat kehidupan seharian. Kanak-kanak juga mempunyai keinginan membuktikan kejayaan dalam bidang yang diminatinya. Pada peringkat ini juga mereka sebenarnya sudah menguasai kemahiran asas yang diperlukan bagi mengendalikan diri mereka. Begitu juga kemahiran asas dalam aktiviti bersosial. Namun begitu, kanak-kanak amat memerlukan kepelbagaian bentuk peneguhan positif sebagai peransang kepada mereka bagi membuktikan kejayaan mereka. Antara bentuk peneguhan positif yang diperlukan adalah puji-pujian dan penghargaan terhadap tugasan yang sudah disempurnakan. Apabila mereka dikritik atas sebarang sebab yang tidak dapat difikirkan secara munasabah oleh kanak-kanak tersebut maka terbentuklah rasa rendah diri yang akan mewarnai diri mereka kelak. Konflik emosi pada peringkat ini dikenali sebagai Konflik Kerajinan LawanRendah Diri.

Peringkat remaja

Peringkat perkembangan emosi remaja ini berlaku antara umur 12 hingga 20 tahun. Konflik emosi yang berlaku pada peringkat ini dikenali sebagai konflik identiti lawan kekeliruan identiti. Sebagai remaja mereka akan sentiasa berusaha memahami dan menilai diri sendiri. Dalam melalui proses ini, mereka cenderung berdepan dengan situasi-situasi yang bertentangan dengan identitinya. Kesannya, mereka akan menghadapi krisis identiti. Krisisi dentiti juga berlaku kerana para remaja begitu sensitif dengan perubahan fizikal badan mereka. Tubuh badan mereka adalah sebahagian daripada unsur-unsur yang membentuk imej kendiri seseorang remaja. Ditahap ini para remaja akan membentuk konsep kendiri yang positif dan konsep kendiri yang negatif.

Kecerdasan emosi

Kecerdasan emosi adalah berteraskan konsep kecerdasan sosial. Ia mula dikenal pasti oleh E.L.Thorndike ( 1920 ). Ahli psikologi ini menghuraikan kecerdasan yang lain dan mengumpulkan mereka dalam tiga kumpulan iaitu kecerdasan abstrak iaitu kebolehan memahami dan memanipulasi dengan perkataan dan simbol matematik, kecerdasan konkrit iaitu kebolehan memahami dan memanipulasi objek dan kecerdasan sosial iaitu

Thorndike (1920) mendefinisikan kecerdasan sosial sebagai kebolehan memahami danmengurus orang lain sama ada dewasa ataupun kanak kanak supaya berperanan denganbaik dalam perhubungan sesama manusia. Dalam kajian Gardner (1983) beliaumemasukkan unsur unsur kecerdasan interpersonal dan intrapersonal dalam teori pelbagaikecerdasannya.kedua dua kecerdasan terkandung di bawah kecerdasan sosial. Beliaumendefinisikan kedua duanya sebagai kecerdasan interpersonal. Kecerdasan interpersonaladalah kemampuan memahami orang lain.Antara persoalan yang berkaitan adalah apa yang memotivasikan mereka, bagaimanamereka berkerja dan bagaimana hendak berkerjasama dengan mereka.jurujual, ahli politik,guru, pegawai pegawai kesihatan dan ketua ketua agama yang berjaya, semuanya ini adalahindividu yang mempunyai tahap kecerdasan interpersonal yang tinggi. Kecerdasanintrapersonal pula berkaitan dengan kemampuan dalaman. Ia adalah keupayaan membinadan membentuk model kendiri yang jelas dan menggunakannya bagi menjalani kehidupanyang berkesan. Kecerdasan emosi menggolongkan kecerdasan intrapersonal dan kecerdasan interpersonal Gardner (1983) ke dalam lima domain utama iaitu :a. mengenali emosi sendiri melalui kesedaran kendiri, seseorang mengetahui danmemahami emosinya, sedar emosi apa yang sedang merayap di minda akibat sesuaturangsangan dan cuba kuasai emosi tersebut.b. Mengurus emosi sendiri. Mengambil peluang mengawal emosi yang sedang menguasaidiri. Emosi datang tanpa di undang, tetapi kita yang menentukan berapa lama emosi itumenguasai diri kita.c. Memotivasikan emosi negatif. Jadikan emosi sebagai alat meningkatkan keupayaanberfikir, merancang dan menyelesaikan masalah.d. Mengenali emosi orang lain. Penting bagi kita kenali perasaan sendiri dahulu kemudianbaru cuba menjelajahi dan memasuki emosi orang lain (empati). Ini bagi menggelakkankekeliruan emosi terutamanya apabila orang lain (pelanggan) mencurahkan emosi mereka.e. Mengendali perhubungan. Selepas mengenali emosi orang lain dan kita berupayamengurus diri sendiri serta berempati, maka perhubungan yang positif dan akrab dapat dibentuk. Kecerdasan Emosi atau Emotional Quotient adalah penting, terutamanya bagi kita yangsentiasa berurusan dengan pelanggan. Kita tidak boleh membenarkan diri terperangkapdengan emosi negative seperti marah, benci, sedih, takut akan perubahan, iri hati dan lainlain.Goleman (1995) menegaskan penilaian seseorang individu bukan sahaja diasaskan kepadakecerdasan yang ada pada keintelektualannya (IQ) sahaja tetapi yang lebih penting adalahkecerdasan emosi (EQ) yang ada pada dirinya. Mengikutnya lagi kecerdasan intelek (IQ)tidak dapat menjamin kesejahteraan dan keharmonian diri serta hubungannya denganmasyarakat. Kecerdasan Emosi (EQ) mengikut kajian meninggalkan kesan yang mendalamdalam keseluruhan aspek kehidupan termasuk aspek kesihatan dan sosial.Kejayaan diri dalam pekerjaan perlu juga diimbangi dengan aspek emosi. Seterusnya beliaumengatakan setiap individu perlu meningkatkan kemahiran emosi dan menyatakanterdapat ramai individu yang mempunyai tahap kecerdasan (IQ) yang tinggi tidak berjayakerana mereka mempunyai masalah kemahiran berhubung dengan orang lain.dalamkajiannya, beliau mendapati kekurangan kecerdasan emosi mendorong kepadaperhubungan perkahwinan yang lemah dan perhubungan kerja yang tidak produktif. Perbezaan antara EQ dan IQ

IQ adalah jenis kecerdasan yang dipercayai wujud daripada faktor keturunan ataubaka.manakala EQ pula adalah jenis kecerdasan yang boleh dipelajari. EQ juga boleh dilihat daripada aspek keturunan juga faktor lain yang menyumbang perkembangan EQseperti pendidikan, keluarga dan suasana persekitaran yang boleh mempengaruhi EQseseorang. kecerdasan ini sangat berpengaruh terhadap reaksi seseorang apabilamenghadapi masalah dan cabaran dalam kehidupan.

Kepentingan EQ

EQ adalah kecerdasan sosial yang amat penting bagi mendidik manusia menjadi insan yangseimbang.melalui kecerdasan emosi seseorang itu akan menjadi lebih berjaya dalam

hidupnya berbanding individu yang mempunyai IQ yang tinggi. IQ hanya alat mengukurkecerdasan kognitif manusia sahaja.EQ pula dapat menjana proses pendidikan yangsempurna bagi kanak kanak sehingga mereka mencapai usia 18 tahun bagi membentuk insan yang lebih berjaya kerana kecerdasan emosi merangkumi lima domain yang salingberhubung kait, seperti mengenali emosi sendiri, mengurus emosi sendiri, memotivasikanemosi negatif, mengenali emosi orang lain dan mengendalikan hubungan.EQ memberi ruang kepada individu meneroka potensi diri sendiri di samping memberipeluang kepada individu menyesuaikan diri dengan emosi diri dan membentuk emosi yangsesuai demi kepentingan diri dan orang lain.individu yang mempunyai kecerdasan emosiyang tinggi dapat mengendalikan emosi yang menguasai dirinya.individu yang mempunyaiIQ yang tinggi sahaja gagal membendung emosi yang menguasai dirinya dan menyebabkanindividu tersebut mudah mendapat tekanan. EQ bukan sekadar emosi yang dididik olehkognisi tetapi juga diperkaya dengan unsur kerohanianyang mampu mendidik manusiamenjadi insan yang lebih seimbang.EQ dapat menyumbang ke arah pendidikan yang lebihsempurna, sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara.Kajian kajian lepas berkaitan kecerdasan emosiPenyelidik penyelidik sudah mengkaji dimensi kecerdasan emosi dengan mengukurkonsepnya.contohnya kemahiran sosial, kebolehan interpersonal, kematangan psikologikaldan kesedaran emosi lama dahulu sebelum istilah kecerdasan emosi digunakan.Antarakajian kajian yang mempunyai perkaitan antara kecerdasan emosi dengan fenomena lainadalah seperti kajian yang dilakukan mengenai kepimpinan,pencapaian kumpulan,pencapaian individu, perubahan sosial atau interpersonal serta perubahan pengurusan.Pendapat Mayer & Salovey (1997), µemosi dapat memanfaatkan pengetahuan dankemahiran seni visual dalam kehidupan dan bidang kerjaya kerana ia, merangkumikebolehan untuk mengerti, melihat dan merasa dengan tepat, menilai dan mengganggar,dan menyatakan serta meluah emosi; Kebolehan mendekati dan memasuki atau melahirkandan menghasilkan perasaan apabila mereka menenangkan fikiran; Kebolehan untuk memahami emosi dan pengetahuan perasaan; kebolehan untuk mengatur emosi sebagaipenggalak perasaan dan pertumbuhan intelek ¶. Menurut Goleman (1994) kecerdasan emosi adalah kemahiran yang membantu masyarakathidup berharmoni adalah semakin dihargai sebagai suatu asset di tempat kerja.Ini keranakecerdasan emosi ini akan dapat membentuk perhubungan secara berkesan, empati danmenghormati perasaan dan pandangan orang lain, pencapaian penilaian kendiri danperhubungan yang jelas dan menguruskan konflik dengan kaedah mendengar yang aktif dan empati.Carso, S.M. (2000) mengkaji perhubungan antara kecerdasan emosi dan kebolehanistimewa remaja. Kajian di buat terhadap 100 orang pelajar berumur antara 12 hingga 16tahun. Keputusan menunjukkan remaja yang cerdik mencapai skor yang lebih tinggiberbanding pelajar yang tidak cemerlang yang sama umur pada skor EQ, kebolehsuaian danpengurusan tekanan. Dapatan kajian juga menunjukkan kecerdasan emosi kanak kanak mempengaruhi tahap sosial mereka.Barling,J. dan rakan rakan (2000) menyelidiki perhubungan antara kecerdasan emosi danperubahan kepimpinan. Ditunjukkan kecerdasan emosi boleh dikaitkan dengan 3 aspek perubahan kepiminan iaitu pengaruh ideal, inspirasi motivasi dan pertimbangan individuserta ganjaran kontinjen. Pengurusan yang aktif dan pasif dikecualikan dan pengurusanbebas atau laissez faire tidak dikaitkan dengan kecerdasan emosi. Menurut Bersson ( 1982 ), dengan memberi galakan kepada kanak-kanak menggunakanderia dan respon emosinya dalam mendapatkan pengalaman yang disediakan menerusikegiatan seni akan meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam membuat pengamatandan pentafsiran.




Thursday, September 22, 2011

Luahan Hati bakal graduan Phd.

Alhamdulillah,dah setahun convo...
Kini alasan nak tunggu anak habis upsr pun dah tercapai...
nak mengangkat pen kembali...nak mulakan penulisan je...
tajuk dah ada...Daftar belum lagi..now cuma nak siapkan proposal untuk daftar...
Alhamdulillah, bakal pensyarah penyelia Dr. Muhammad Aziz bin Mohamed senang dibawa berunding(bekas penyelia Master)...
Haiii ...baru proposal kapla ada psuing skit je...rasa cam buat working paper master...susah tu biasale...
BI tak brapa power...tu yg pening tu...tapi...takpe...mungkin lepas ni(insya Allah..PHd. nanti bleh power kut...mudah-mudahan)tolong doakan sama kepada para yang membaca teks ini...)

Saturday, September 19, 2009