Sunday, September 21, 2008

REMEH-TEMEH DALAM KELUARGA

Sikap anak-anak kecil yang selalu meragam terutama hendak dikejutkan bangun pagi tentunya menduga kesabaran ibu-bapa.Namun sebagai ibu bapa kita terkadang kita sering melakukan kesilapan.

"Apa..marah..."memang itulah yang dilakukan.
"Penampar..."memang itulah yang sering diperolehi oleh anak-anak kecil.

Betapa zalimnya kita...
Anak kecil yang berumur 5- 10 tahun tak mahu bangun pagi kita kita perlakukan sedemikian...
bagaimana pulak dengan anak kecil yang berumur 20-45 tahun tu...kenapa yak dirotan je...

Ye lah nak ajar sembahyang Subuh..
Nak ajar ke sekolah memang patut dari kecil..
Cuma caranya yang tidak begitu sesuai...

Apa salahnya anak kecil itu dikejutkan secara perlahan-lahan...
Usap rambut mereka ...belai mereka dengan penuh kasih sayang...
Kan Islam dah ajar...

Kejutkan orang tidur dengan menarik lembut ibu jari kaki...
ini tidak...
Budak kecil itu dikejutkan seolah-olah nak berlakunya Tsunami...
Tengah budak tu tidur lena...disergah macm bunyi halilintar membelah bumi...
macam manalah budak tu tak menangis..
Cubalah kalau berani buat kat anak kecil yang umurnya 45 tahun...
Kalau tak penampar yang hinggap...mungkin penyepak yang dapat...
Fikir-fikirlah....

No comments: