Friday, August 17, 2012

SEM 2 PhD

Alhamdulillah, dah sem. 2 PhD.

Kini, sibuk dengan proposal untuk pembentangan sem. 2 nanti.
Target pertengahan bulan Oktober 2012. Macam-macam perasaan ada, takut, gementar, blurrr... pun ada. Kalau sehari dapat siapkan dua perenggan, tu dah kira cukup bagus (kategori excellent lima bintang).

Proposal...
makin dichcek makin banyak tak kena...sekali check...dua kali salah...dua kali check...tiga kali salah...teringat pula kehebatan Al-Quran...sekali turun tak payah dicheck dah...betul je semuanya. Di sinilah baru terasa kerdilnya diri ini...

PhD. bukan tempat untuk kepentingan bermegah-megah, bukan sekali untuk dibangga-bangga tetapi untuk disyukuri akan kehadirannya. Pilihan Allah memang tepat untuk hambanya yang mampu walaupun kekadang dirasakan tak berapa mampu kerana sifat kehambaan yang terlalu daif ini.


Namun, atas dasar dan perasaan bertanggung jawab terhadap pembangunan kemanusiaan ummah, maka perjuangan ini perlu diteruskan...

Tenagaku tak cukup kuat untuk menggalas senjata, tak mampu untuk menerbangkan jet pejuang yang canggih dan tak mampu untuk berjuang di medan perang seperti syuhadak yang telah meninggalkan kita semua untuk syahid mengakkan agama Islam tercinta.

Dan...
jika dikira untuk menggalas cabaran PhD. ini pun aku...bukanlah orang yang layak untuknya...tetapi Allah tetap dan telah memilih aku untuk menanggung segala keperitan Phd. ini...dan atas dasar inilah maka perjuangan ini Insya Allah akan tetap kuteruskan selagi hayat dikandung nyawa.



Roslan Ahmad Fuad.

No comments: