Sunday, April 12, 2009

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
PELAJAR :
CHING SOO POH
ROSLAN BIN AHMAD FUAD
RATNAMLA A/P KALIMUTHU
ZAHARI BIN YUSOFF
IZZAH BINTI SUPENI


VIRGINIA SATIR

1.0 LATAR BELAKANG TOKOH :

Virginia Satir dilahirkan pada 26.6.1916 dan meninggal dunia pada 10.9.1988. Virginia Satir meninggal sewaktu berumur 72 tahun. Beliau adalah seorang penulis Amerika dan psikoterapis terutamanya terapis keluarga. Buku yang paling terkenal ialah ‘Conjoint Family Therapy’ yang ditulis pada tahun 1964, ‘Peoplemaking’ pada tahun 1972 dan ‘The New Peoplemaking ’ pada tahun 1988.

Virginia merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik. Beliau dilahirkan di Neillsville,Wisconsin. Bapanya bernama Oscar Alfred Reinnard Pagenkopf dan ibunya Minnie Happe Pagenkopf.

Pada masa berumur lima tahun, Virginia Satir menghidapi penyakit Apendiks.Ibunya seorang saintis kristian,enggan menghantar Virgirnia Satir ke hospital. Pada masa itu,bapanya membantah,akhirnya Satir dihantar ke hospital dan terpaksa dirawati selama beberapa bulan.

Pada umur tiga tahun, Virginia Satir sudah mula pandai membaca, Satir dapat membaca habis semua buku dalam bilik kecil yang diumpama perpustakaan mini.

Pada tahun 1929,mereka sekeluarga berpindah rumah ke Milwaukee supaya Virginia Satir dapat belajar di Sekolah Tinggi. Pada masa itu,Satir bekerja ‘part time’ dan belajar bersungguh-sungguh dengan mengambil banyak kursus supaya tamat kursus dengan cepat.

Pada tahun 1932, beliau masuk Maktab Perguruan iaitu Milwaukee State Teacher Collage yang kini dikenali sebagai University of Wisconsin-Milwaukee. Beliau bekerja sebagai ‘Works Projects Administration’ dan ‘Gimbels Department Store’ untuk menampung bayaran pendidikannya.

Beliau tamat pada tahun 1936 dan mendapat Bachelor pendidikan. Virginia Satir mengajar di ‘public school’ di William Bay,Wisconsin selama dua tahun yang pada mulanya sebagai guru dan kemudian menjadi pengetua sekolah. Seterusnya Satir menjadi ‘guru beredar’ di beberapa tempat di Ann Arbor, Michigan, Shreveport, Louissiana, dan Miami, Florida.

Pada tahun 1941,Satir berkahwin dengan seorang askar, Gordon Rodgers. Pada tahun 1948 Satir bekerja di Universiti Chicago. Pada tahun 1949 Satir bercerai dengan suaminya. Selepas dua tahun iaitu pada tahun 1951,Satir bekahwin lagi dengan Norman. Perkahwinan kali kedua ini hanya selama enam tahun sahaja, Satir bercerai lagi pada tahun 1957. Pada masa itu , Satir berjumpa dengan dua perempuan yang dianggap sebagai anak perempuan iaitu Mary dan Ruth yang membantu beliau menghabiskan buku terakhirnya ‘The new peoplemaking’.

Pada tahun1955 Satir bekerja sebagai seorang psikiatrik di sebuah institut. Beliau menggalakkan terapis yang lain untuk menjadi terapis keluarga. Pada tahun 1962, Satir memulakan Program Latihan Terapi keluarga. Idea novel beliau adalah berdasarkan isu semasa dan masalah-masalah yang dihadapi berdasarkan penghargaan kendiri.

Pada tahun 1976 Virginia Satir mendapat pingat emas daripada ‘Outstanding and Consistent Service to mankind’. Pada tahun 1978,Satir mendapat PhD sosial sains di Universiti Wisconsin Madison . Pada tahun 1982, beliau dipilh oleh Kerajaan German Barat menjadi pemimpin berpengaruh daripada 12 orang tokoh yang berpengaruh.

Seterusnya pada tahun1985,selepas beliau memberi sumbangan kepada Evolution of Psychotherapy Conference di Phoenix,Arizona. Satir menjadi terkenal,Time magazine menggelarkan beliau boleh memenuhkan semua dewan di seluruh dunia iaitu seorang penceramah yang baik. Pada tahun 1986 mendapat phD dari Professional School of Psychological Studies dan pada tahun yang sama beliau menjadi ahli kepada The Council of Elders. Pada tahun yang berikutnya iaitu tahun 1987 beliau menjadi ahli kepada Czechoslovakian Medical Society.

Walaubagaimanapun, Satir adalah seorang terapis yang berpengaruh dalam Psychiatrists,Psychologists,Social Works and Marriage and Family Therapist.


2.0 THE NATURE OF PEOPLE
(SIFAT SEMULAJADI MANUSIA MENGIKUT PANDANGAN SATIR).

Satir sentiasa memandang manusia sebagai makhluk yang positif.Justeru itu pada pendapat Virginia Satir manusia akan sentiasa ingin melakukan perkara yang terbaik dalam hidupnya serta berubah ke arah yang lebih baik pada setiap masa.Pada dasarnya tiada pun seorang manusia inginkan kehancuran dalam hidupnya dan tiada seorang manusia pun yang mahu merosakkan dirinya dan juga kehidupan orang lain.

Manusia merupakan makhluk rasional dan mempunyai kebebasan memilih dalam kehidupan.Dalam hal ini,manusia sebenarnya merupakan makhluk yang apling sempurna dan mempunyai tahap kerasionalan yang tinggi.Justeru itu sebagai makhluk rasional ia mampu berfikir secara rasional dan matang terutama dalam membuat keputusan berkenaan pemilihan untuk memilih perkara yang terbaik buat diri mereka.

Manusia boleh mempengaruhi dan dipengaruhi dalam proses untuk berubah..Dalam proses untuk berkembang dan meneruskan kelangsungan hidup manusia pada dasarnya saling mempengaruhi dan dipengaruhi.Manusia yang berkeupayaan tinggi pada dasarnya mempunyai kuasa untuk mempengaruhi manusia yang lain dan walaupun begitu ia juga berupaya untuk dipegaruhi oleh manusia lain.

Manusia berupaya membebaskan diri dari pengalaman lampau yang menyakitkan
seperti sebuah iceberg (unconsciousness).Dengan mengambil konsep yang diutarakan oleh Freud, kehidupan manusia sangat dipengaruhi oleh enam awal tahun pertama kehidupan.Dan jika ada perkara yang tidak disenangi semasa tahap ini maka pengalaman tersebut akan disimpan dalam ‘unconcious’ dan perkara tersebut akan dikeluarkan secara tanpa sedar pada masa dewasa.Mengikut Satir manusia sebenarnya berkeupayaan untuk melepaskan diri dari pengalaman tersebut dengan membuat sama ada penafian atau helah bela diri terhdap pengalaman yang menyakitkan walaupun ia dikeluarkan secara tanpa sedar.

2.1 PANDANGAN SATIR TERHADAP SELF ESTEEM

Satir mempercayai bahawa self esteem berkait rapat dengan komunikasi yang berkesan.Penggunaan komunikasi yang berkesan menunjukkan bahawa seseorang itu mempunyai self esteem yang tinggi.Dengan komunikasi iaitu melalui interaksi antara individu dalam sesebuah keluarga maka kita dapat meneka bahawa seseorang itu mempunyai keyakinan yang tinggi atau tidak melalui cara dan gaya komunikasinya dengan ahli keluarga yang lain.Segala arahan yang diberikan jelas dan penuh keyakinan membolehkan anak-anak dalam sesebuah keluarga memahami dan memtauhi arahan tersebut tanpa perlu diulang-ulang arahan tersebut.Hal sebegini menunjukkan bahawa individu tersebut mempunyai self esteem yang tinggi.

Self Esteem merupakan suatu darjah untuk seseorang itu menerima baik dan buruk individu.Ini bermakna jika seseorang itu mempunyai darjah self esteem yang tinggi maka ia akan melihat sesuatu peristiwa itu secara positif.Berpandangan positif merupakan suatu perkara terbaik dalam kehidupan manusia dan apatah lagi jika ia mampu mengubah pandangan yang pada asalnya negatif dan berupaya mengubahnya menjadi positif.(Rujuk lampiran 1)

Apabila keluarga mempunyai self esteem yang tinggi setelah mereka dilanda stres maka keluarga tersebut akan lebih bersikap terbuka dan akan bersama-sama menyelesaikan masalah keluarga melalui proses komunikasi.Ini membuktikan bahawa stres yang berlaku di dalam keluarga sememangnya sesuatu yang tidak disenangi tetapi apabila stres berjaya dirungkai maka keluarga tersebut akan lebih bersikap terbuka pada permasalahan yang wujud di kemudian hari.Oleh itu bila apabila wujudnya perkara yang boleh menimbulkan stres keluarga tersebut akan lebih bersedia untuk menghadapinya dengan lebih tenang kerna mereka atelah mempunyai self esteem yang tinggi hasil daripada pengalaman pertama .

2.2 PANDANGAN SATIR TERHADAP TINGKAH LAKU

Menurut Satir tingkah laku mempunyai kaitan terus dengan kedudukan dalam keluarga.Dan pendapat ini membenarkan lagi kenyataan oleh Adler.Sesungguhnya kedudukan dalam keluarga banyak mempengaruhi corak peribadi seseorang.Bagi anak sulung ia sebenarnya lebih tegas dan merupakan penyelamat dan penentu kepada corak adik-beradik itu berinteraksi antara satu sama lain.Kenyataan ini tidak menolak peranan ibu bapa tetapi menurut Satir Anak pertama mempunyai pengaruh yang terbesar terhadap adik-adiknya kerana ia lebih dekat kepada adik –beradiknya dari segi umur .

Satir juga bersependapat dengan Adler dan Glasser bahawa komunikasi yang lemah dan tidak bertanggungjawab merupakan simptom self -esteem yg rendah.Tidak dinafikan bahawa petunjuk kepada self-esteem yang rendah adalah bagaiamana seseorang itu berkomunikasi.Bagi mereka yang lemah self esteem tidak akan mampu untuk berkomunikasi dengan baik sama ada di dalam keluarga atau pun di luar lingkungan keluarga.Mereka mudah berasa gementar dan takut untuk menyuarakan pendapat.

Menurut Satir manusia boleh dianggap sebagai matang dan boleh menjalankan fungsi sebagai manusia untuk apabila ia boleh memberikan pertolongan kepada manusia lain serta sanggup bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya.Ini bermakna manusia yang baik ialah manusia yang berkebolehan untuk menerima pertolongan daripada orang lain serta ia juga boleh serta sanggup membantu orang lain secara ikhlas dan jujur.Satu lagi ciri manusia yang berfungsi ialah ia mampu untuk bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya dengan mengaku dan mengambil tanggungjawab walaupun perkara itu adalah buruk bagi dirinya.

Satir menyatakan bahawa mereka yang mempunyai self esteem yang tinggi mampu untuk menjadi pasangan yang baik dalam perkahwinan.Ini kerana mereka yang mempunyai self esteem yang tinggi sentiasa memandang sesuatu itu secara positif.Dengan memandang secara psotif semua masalah dapat diselesaikan dengan mudah terutama perkara yang melibatkan perhubungan dengan pasangan masing-masing.Mereka akan menganggap pasangan adalah tempat terbaik untuk m ereka mencurahkan kasih sayang serta mendapatkan kasih sayang.Mereka akan tidak akan memandang keburukan pasangan sebagai suatu masalah tetapi akan cuba untuk membetulkan pasangan masing-masing secara baik demi kebahagiaan rumah tangga yang telah mereka bina.

Manakala pasangan akan mengalami masalah disfungsial apabila mereka hanya melihat kelemahan pasangan .Perkara ini merupakan suatu yang berbeza daripada yang kita perbincangkan sebentar tadi.Perkara melihat kelemahan pasangan merupakan suatu faktor yang menunjukkan keretakan dan disfungsial sesuatu rumahtangga itu.Perkara sebegini berlaku apabila pasangan itu merasa tidak selesa lagi untuk tinggal bersama.Mungkin ada permaslahan besar yang tidak dapat diselesaikan dengan baik kerana masing-masing hanya melihat kepada keburukan sahaja.

Masalah wujud apabila sesebuah perkahwinan dianggap sebagai tempat utnuk menerima dan bukan sebagai tempat memberikan belaian dan kasih sayang.Untuk hidup bahagia ialah setiap pasangan perlu terlbiat secara bersama iaitu sentiasa saling memberi dan menerima kasih sayang.Apabila wujud anggapan seperti perkahwinan adalah tempat menerima kasih sayang sahaja,maka sesebuah perkahwinan itu akan menjadi tidak stabil kerana masing-masing mengharapkan dia dibelai dan dimanjai oleh pasangan masing-masing sedangkan dia tidak pernah membelai dan memanjai orang lain.

Ibubapa yang mempunyai self esteem yang rendah akan menjadikan anak sebagai sebagai penebus kehendak diri mereka.Self esteem yang rendah pada ibu bapa menyebabkan mereka mendorong anak untuk mecapai keinginan yang tidak mereka capai pada masa dahulu.Miaslnya seorang ayah ingin menjadi guru akan merasa tertekan di atas kegagalannya dan berasa malu untuk bertemu dengan rakan –rakannya yang berjaya menjadi guru.Ayah itu kini mempuynai self esteem yang rendah.Apabila ia mempunyai seorang anak maka ia akan mendorong anaknya untuk menjadi seperti apa yang ia cita-citakan.Apabila anaknya mencapai cta-citanya,maka perkara sebegini akan meningkatkan kembali ‘self esteem’nya.Justeru itu kegagalan yang didilaui sebenarnya menjadikan pendorong kepada ayah untuk melihat anaknya berjaya mengikut kehendaknya.

Anak merupakan sudut ketiga dalam segitiga keluarga iaitu sebagai mangsa dalam segitiga.Kebiasannya,anak sering menjadi mangsa kepada kedua ibu bapa terutama ibu bapa yang bermasalah.Anak merupakan tempat mereka melepaskan ‘geram’ kerana tidak mampu untuk bertindak ke atas pasangannya.Dengan kata lain anak sering menjadi mangsa pertikaian dan pergaduhan antara kedua ibu bapa.Manakala ibu atau bapa bolehlah dikatakan sebagai ‘prosecuter’ kerana sering memangsakan anak mereka .Namun begitu kadang-kadang ibu atau bapa juga dianggap sebagai ‘rescuer’ apabila mereka cuba memlindungi anak mereka daripada menjadi mangsa tindakan pasangan masing-masing.Lebih bermasalah apabila kedua-dua ibu dan bapa bertindak sebagai ‘presecuter ‘ dan menjadikan anak sebagai temapat melepaskan marah.Dalam hal ini,campurtangan ahli keluarga yang lain atau pun orang luar amat diperlukan untuk membantu anak daripada terus menjadi mangsa kepada pertikaian ibu bapa mereka.
















Rajah: Segitiga komunikasi dalam keluarga.

3.0 KONSEP UTAMA TEORI SATIR

Satir amat memberi penekanan terhadap ‘self-esteem’ seseorang. Sama ada ‘self-esteem’ seseorang itu tinggi atau rendah bergantung kepada beberapa perkara. Antaranya ialah peraturan-peraturan keluarga yang dialami sejak kecil, cara asuhan ibu bapa sama ada ‘nurturing’ atau pun tidak, peranan yang dipegangnya dalam ahli keluarga tersebut dan corak komunikasi yang dimilikinya sewaktu berinteraksi dengan ahli keluarganya setiap masa.

3.1 PERATURAN KELUARGA

Bila seorang bayi itu lahir, dia tidak tahu apa-apa pun. Peraturan dalam keluarga bertambah seiring dengan tumbesarannya untuk memastikan sistem keluarga berfungsidengan baik. Peraturan keluarga menentukan tingkah laku anak-anak. Peraturan keluarga berupa dalam bentuk terucap (dinyatakan) atau tidak dinyatakan dan diperlihatkan dalam bentuk respon perlakuan atau interaksi dalam sesuatu sistem keluarga. Peraturan seperti pengucapan kata-kata misalannya “seharusnya” atau “tidak seharusnya” menjadi mesej utama yang mengawal interaksi dalam kalangan keluarga. Ibu bapa yang berada dalam keadaan risau dan hilang harapan sering menetapkan peraturan untuk mengawal sesuatu situasi. Mereka membina peraturan-peraturan bertujuan untuk mengawal situasi-situasi yang tegang.

Kadang kala peraturan ketat tanpa memberi pilihan kepada anak-anak mewujudkan masalah. Anak-anak hilang kebebasan dari segi memberi komen, menyatakan apa yang dirasa dan difikirkan, setuju dan tidak setuju dan bertanya bila tidak faham. Bagi ibu bapa yang mengenakan peraturan yang rigid pula tidak menyedari peraturan-peraturan yang ditetapkan itu memberi keterangan kepada diri anak-anak dan mengancam ‘self-esteem’ anak-anak mereka. Anak-anak hilang pilihan dan kalau tidak bijak dalam menangani peraturan-peraturan ini akan mula memberontak. Ini akan menyebabkan masalah menjadi lebih besar. Mengikut Satir peraturan yang baik adalah tidak banyak dan diamalkan secara konsisten serta fleksibel ikut perubahan. Ini selalunya berlaku dalam sistem keluarga yang sihat.

3.2 CARA KOMUNIKASI

Terdapat dua bentuk komunikasi yang digunakan oleh manusia. Satu komunikasi berfungsi dan lagi komunikasi tidak berfungsi. Dalam keluarga yang memiliki bentuk komunikasi yang berfungsi, setiap ahli keluarga diberi kebenaran untuk memiliki hidup tersendiri dan juga perkongsian dengan keluarga. Sebarang bentuk perubahan dibolehkan dan tidak dilihat sebagai ancaman kepada keluarga. Bila terdapat perbezaan yang yang membawa kepada tidak persetujuan sesama ahli keluarga, ia dilihat sebagai satu peluang untuk berkembang bukannya satu serangan terhadap ahli keluarga. Komunikasi ini berupa komunikasi terbuka yang penuh dengan kebebasan dan fleksibel. Setiap ahli keluarga mempunyai kebebasan untuk bersuara bagi pihak diri mereka. Mereka diberi peluang untuk menjadi diri sebenar mereka dan membenarkan ahli keluarga yang lain menjadi diri sebenar mereka.

Keadaan komunikasi seperti di atas tidak berlaku dalam keluarga yang mempunyai bentuk komunikasi yang tidak berfungsi. Komunikasi dalam kalangan ahli keluarga adalah berbentuk tertutup. Ini berpunca daripada ibu bapa yang memiliki’self-esteem’ yang rendah. Mereka membentuk corak komunikasi yang rigid. Ini menyebabkan corak komunikasi yang kurang berkesan terbentuk. Tidak terdapat sokongan padu sesama ahli keluarga dan hubungan adalah tidak tulen.

Menurut Satir terdapat empat corak komunikasi yang tidak berfungsi yang boleh mewujudkan ketegangan dalam sesuatu sistem keluarga. Malah keluarga yang mengalami ketegangan jika tidak bijak menangani situasi mungkin disebabkan oleh peraturan-peraturan yang rigid akan mewujudkan corak interaksi yang tidak berfungsi. Antara corak komunikasi tersebut adalah corak komunikasi ‘placater’, ‘blamer’, ‘computer’ dan ‘distractor’.

i. Corak komunikasi ‘placater’
• Tidak akan membuat orang lain rasa marah. Motto mereka ialah “sanggup bayar untuk keamanan”.
• Sentiasa cuba menyenangkan orang lain
• Selalu meminta maaf
• Tidak pernah tidak setuju. Terkenal sebagai ‘yes person’
• Tidak berani membuat keputusan
• Hidup untuk orang lain

ii. Corak komunikasi ‘blamer’
• sering kali mencari kesalahan orang lain
• tidak rasa selesa atau puas hati terhadap diri sendiri
• Mudah rasa sunyi dan rasa tidak berjaya
• Menyalahkan orang lain juga merupakan satu cara yang bagus
• mewujudkan satu jarak dan mengelakkan orang lain mendekati diri.
• Mahir mewujudkan rasa bersalah dalam diri orang lain dengan menggunakan kata-kata misalannya;
‘Dengan apa yang telah saya lakukan kepada awak, inikah cara
awak membalas jasa saya?’
• Tingkahlaku bukan lisan ‘blamer’ seolah-olah memberi mesej;
“awak tidak pernah buat betul, apa yang tak kena dengan awak?”

iii. Corak komunikasi “computer”
• Orang komputer adalah betul dan tenang
• Tidak menunjukkan perasaan dan bercakap seolah-olah rakaman suara
• Berpura-pura macam tidak ada konflik walaupun sebenarnya
ada
• Merupakan orang yang rasional
• Bahasa badan mereka melambangkan sikap rigid mereka
• Boleh mempengaruhi sesuatu situasi dan orang lain
demi memperolehi apa yang mereka kehendaki
• Menutup kelemahan diri mereka dengan kata-kata besar untuk
mewujudkan penghargaan kendiri
• Tingkahlaku bukan lisan orang komputer membawa mesej seperti;
“I sentiasa tenang (cool)”

iv. Corak komunikasi “distractor”
• Sentiasa membuat kenyataan yang tidak relevan
• Sering menukar tajuk perbualan dan tidak akan memberi
respon secara jujur.
• Dapat menggelakkan diri daripada isu ataupun konflik
• Mereka sering menidakkan 3 elemen realiti:
a. diri sendiri
b. Orang lain
c. Konteks sesuatu situasi

Corak komunikasi yang berfungsi mengikut Satir ialah berbentuk ‘Leveler’. Ciri-ciri komunikasi ‘leveler’ adalah adalah seperti berikut;

• Sentiasa berterus terang dalam perkara yang berkaitan dengan diri sendiri, orang lain atau konteks sesuatu situasi
• Mesej lisan dan bahasa bukan lisan yang dipamerkan adalah konsisten.
• Semua aspek komunikasi (badan, nada suara, konteks, dan ekspresi muka) adalah kongruen.
• Tidak akan berselindung mahu pun menjatuhkan orang lain dalam konteks bersikap terbuka dan jujur.
• Tidak akan berpura-pura.
• Bercakap benar tentang apa yang difikirkan, dirasakan ataudibuat dan memberi peluang kepada orang lain untuk berbuat demikian
• Perhubungan mereka adalah bebas dan jujur dengan sedikit ancaman terhadap penghargaan kendiri.
• Respon yang diberikan merupakan mesej benar untuk orang tertentu dalam masa-masa tertentu. Ianya menuju terus kepada isu yang diperbincangkan dan tiada maksud berselindung.
• Dalam perbincangan dengan orang leveler ini, satu respon yang terbuka dan dan perasaan boleh percaya dirasai dalam komunikasi.

Menjadi orang leveler memberi peluang kepada diri mereka untuk memiliki Integriti (kualiti kejujuran dan prinsip moral yang tinggi), komitmen, kejujuran, keintiman, kecekapan, kreativiti dan kebolehan untuk menangani masalah benar.

Corak komunikasi yang baik adalah berbentuk leveler namun begitu berlaku juga ancaman terhadap ‘self-esteem’ seseorang kerana masyarakat kurang menerima orang yang bercakap secara lantang. Orang leveler bercakap tanpa berselindung. Ini mungkin akan menyebabkan individu mudah tersentuh hati. Hubungan antara dua orang mungkin mengalami gangguan disebabkan kelantangan bentuk komunikasi ini tetapi jika orang leveler bijak menggunakan bahasa yang berbudi bahasa mereka akan dapat menangani situasi dihadapi. Komunikasi yang kongruen mampu mewujudkan hubungan yang erat dalam kalangan ahli keluarga.

3.3 PERANAN AHLI KELUARGA

Peranan ahli dalam sebuah sistem keluarga amat mempengaruhi pembentukan ‘self-esteem’ seseorang. Kedudukan peranan dalam keluarga menentukan corak interaksi yang akan dipamerkan oleh seseorang. Sebagai contoh, Anak bongsu yang merasakan dirinya tidak mempunyai kuasa dan menjadi mangsa akan bertindak selalu mendapatkan perlindungan dan perhatian. Kakaknya pula membuat andaian dirinya sebagai orang bertanggungjawab menjaga keamanan keluarga maka semua ahli keluarga yang lain akan mengharapkan dirinya untuk menangani masalah keluarga. Bapanya pula berperanan sebagai pendisiplin dan perlu tegas dalam soal mendidik anak. Ibunya pula akan berperanan sebagai orang yang mencurahkan kasih sayang dan rajin. Dalam keluarga ini, setiap ahli keluarga mempelajari tentang peranan mereka dalam keluarga dan ini membentuk corak tingkah laku mereka.

3.4 CARA ASUHAN IBU BAPA

Cara asuhan ibu bapa menentukan corak tingkah laku anak-anak semasa mereka membesar. Terdapat dua jenis asuhan yang diamalkan dalam sistem keluarga Satir. Satu ialah ‘nurturing’ dan satu lagi bukan ‘nurturing. ‘Nurturing’ membawa maksud mengambil berat dan melindungi mana kala bukan ‘nurturing’ membawa maksud mengabaikan. Keluarga sihat akan mengamalkan cara asuhan ‘nurturing’ manakala sebaliknya dalam keluarga tidak berfungsi. Di bawah ini ialah ciri-ciri keluarga ‘nurturing’;

• Mereka yang didengari dan berminat untuk mendengar orang lain
• Tidak takut untuk mengambil risiko kerana keluarga memahami
bahawa kesilapan adalah lumrah bila risiko diambil
• Bahasa badan adalah bersopan dan mempunyai ekspresi muka
yang relaks
• Sentiasa memandang tepat pada muka bila bercakap dengan orang
lain (tidak pada orang lain atau pada lantai)
• Anak-anak adalah mesra dan terbuka, dan ahli keluarga yang lain
melayan mereka sebagai individu
• Rasa selesa bila menyentuh ahli keluarga yang lain dan menunjukkan
kasih sayang
• Menunjukkan kasih sayang melalui percakapan dan mendengar dengan
prihatin dan menjadi telus dan benar antara satu sama lain
• Ahli keluarga rasa bebas untuk memberitahu apa yang dirasai dan difikirkan
• Boleh membincangkan apa sahaja – ketakutan, kemarahan, kelukaan,
kritikan, keseronokan dan pencapaian.

• Ahli membuat perancangan tetapi jika tidak menjadi, mereka boleh
menerima dan membuat pembetulan
• Hidup manusia dan perasaan diutamakan daripada benda lain
• Ibu bapa melihat diri mereka sebagai pembimbing bukan ketua.
Mereka menerima keputusan yang dibuat sama ada baik atau lemah
pada pandangan mata anak-anak mereka. Begitu juga dengan
perasaan luka, marah, kecewa atau seronok mereka. Tingkah laku
mereka selaras dengan didikan mereka
• Sewaktu mengasuh, ibu bapa perlu membetulkan anak. Mereka sentiasa
mendengar, menyentuh dan sedar tentang perasaan anak dan kehendak
semula jadi anak untuk belajar.
Ibu bapa ‘nurturing’ memahami bahawa kanak-kanak belajar hanya bila
mereka dihargai. Oleh itu, mereka tidak akan memberi respon yang
menampakkan seolah-olah anak-anak mereka tidak dihargai.

Menurut Satir, ibu bapa yang mengamalkan cara asuhan ‘nurturing’ akan mewujudkan satu hubungan keluarga yang sihat. Corak komunikasi yang wujud antara ahli keluarga juga berbentuk positif. Semua ahli keluarga bertindak mengikut sempadan yang fleksibel dan masing-masing tahu limitasi komunikasi mereka.

4. MATLAMAT TERAPI SATIR

Matlamat utama pendekatan Teori Satir adalah untuk menjadikan komunikasi antara ahli keluarga jelas, mempertingkatkan kesedaran diri, menggalakkan potensi untuk berkembang terutamanya ‘self-esteem’ dan menangani desakan dan proses perubahan.

5. COUSELING METHOD.

Kaedah kauseling dalam terapi keluarga melibatkan perhubungan keseluruhan keluarga berasaskan komunikasi ,interaksi dan maklumat keseluruhan.

Pendekatan satir memberi pengajaran kepada keluarga di dalam kedua dua bentuk fizikal dan emotional.Merujuk kepada para kauselor tidak gemar bermain daripada emosi dan cenderung kepada tingkah laku maka lebih sesuai dengan kaedah Adlenian.

Matlamat kauseling keluarga Satir mengukuhkan suasana yang sesuai antara ahli keluarga yang wujud dalam menriangkan mereka yang mahu atau yang diharapkan oleh keluarga mereka sendiriatau semua keluarga.Dia mahu mereka meneroka tahap kehadiean keluarga dan siapa yang memainkan perarnannya.Dia cuba mencari keyakinan kendiri setiap ahli dalam keluarga.Satir juga membantu keluarga membincangkan tentang detitinition’hormat’dan’kasih sayang’dalam operasional.
Contohnya,dia bertanya kepada klien.
’apa mesti dilakukan anda untuk mendapatkan rasa dihormatidan disayangi’

Satir menangki semula pandangan negatif ke positif dan membenar klien melihat situasi yang sukar ke arahyang lebih baikdan menelitikemungkinan-kemungkinan untuk bekerjasama,menyelesaikan koflik dan peluang yang ada.

Satir memainkan peranan dalam dua situasi keluarga iaitu menjayakan dan meningkatkan semula perlakuankeluarga dalam hari-hari biasa.

Dia menggunakan teknik gestrait iaitu merekabentuk semula interaksifdalam keluarga dan mempercayai tindak balasgemak gemi seorang memberi mesej yang tepatdan jujur.Satir menunjukkan semulu cara kombenasidengan menggunakan video,dan teknik dramadengan menggunakan pelbagai alatan seperti tangga,tali dan menganalisis bentuk interaksikeluarga melalui demotrasi tersebut.

Dia mementaskan drama untuk membantu setiap ahli keluarga mempelajari bagaimana setiap anak emosiyang dinyatakan menggunakan bahasa dan jujur.

Satir mengkaji sejarah keluarga melalui wajah keluarga dengan melihat bagaimana paristiwamata masa lalumempengaruhi gaya keluarga masa kini yang diwarisi oleh anak-anak dari ibubapa.

Tali digunakan dalam demotrasi sebagai satu proses komunikasi yang lengkap antara ibubapa dan anak-anak.Teknik teramat banyak dalam terampil Satirmenyatakan therapi formula khusus kerana therapi melibatkan perasaan manusia dan bergantung kepada kemampuankadar untuk memberi tindak balasatau jawaban berasaskanperbezaan manusia itu sendiri.

Satir berpandangan’keluarga’ sebagaikilang membuat orang’yang mana orang boleh dibuat melalui proses daripada kejadian asal samada tidak sopan kepada yang terbaik dan tingkahlaku musnah kepada semakin teruk.

Loeschen (1998)membidas pandangan tentang keibubapaan sebagai kanak-kanak mempelajari undang-undang atau peraturan daripada keluarga dan menggunakan peraturan tersebet di dalam kehidupan semasanya bersama keluarganya.



6. TUGAS DAN FUNGSI KAUNSELOR

Tugas dan fungsi kaunselor adalah membimbing ahli keluarga untuk melalui proses perubahan . Kaunselor adalah orang yang lebih penting berbanding dengan teknik intervensi yang khusus dalam teori ini . Kaunselor juga merupakan pemikir terbaik sebagai fasilitator untuk proses teraputik semasa sesi kaunseling diadakan tetapi bukan tugas kaunselor untuk membuat perubahan yang berlaku . Kaunselor percaya kepada kebolehan ahli keluarga untuk bergerak ke arah perkembangan dan kenyataan mengikut pendekatan ini .

Satir & Bitter , 2000 mengatakan “ Sikap yang ada dalam pengalaman terapi ini adalah mendidik , memberi sokongan , keselamatan dan kemanusiaan .” Satir ,1983 pula mengatakan , “ Secara keseluruhannya , kaunselor adalah org yg membantu yg mempunyai kelebihan untuk memantau situasi keluarga.” Satir menggunakan analogi kaunselor umpama “a camera with a wide-angle lens” . Iaitu yang mana kaunselor dapat melihat semua perkara pada setiap individu . Malah kadangkala kaunselor akan memberitahu mana yang tidak dapat dilihat oleh ahli keluarga .
Satir ( 1983 ) , mengatakan banyak tugas dan teknik yang dilakukan oleh kaunselor keluarga untuk membantu keluarga mencapai matlamat . Ada beberapa tugas kaunselor yang telah disenaraikan . Kaunselor adalah:

1) Menyediakan suasana teraputik agar objektif dan matlamat jelas
2) Membantu ahli keluarga membina self-esteem
3) Membantu ahli keluarga mengenal pasti ‘aset’
4) Ambil sejarah keluarga dan mengambil pencapaian yang lepas
5) Mengurangkan ancaman dengan membina“boundaries” dan mengurangkan pertahanan
6) Sedia menerima penerokaan walaupun menyakitkan ataupun terlarang
7) Gunakan beberapa teknik untuk memulihkan rasa tanggungjawab klien
8) Membantu keluarga melihat bagaimana contoh yang lepas mempengaruhi harapan dan tingkahlaku dan melihat perubahan jangkaan
9) Menggariskan tugas dan fungsi
10) Merapatkan “jurang” komunikasi dan menterjemah mesej
11) Menonjolkan perselisihan khusus dlm komunikasi
12) Kenalpasti komunikasi nonverbal

Perjalanan terapi ini memerlukan tumpuan ketika proses perubahan . Ia melibatkan banyak perkara secara fizikal , emosi , intelek dan semangat . Ia dimulakan dengan salam penyapaan termasuklah memegang tangan , kontak mata dan tumpuan sepenuhnya . Selain itu , proses memerhati dan mendengar ,minat dan mengambil berat . Ini akan membuatkan ahli keluarga akan merasa suasana teraputik dan merasa selamat ketika sesi kaunseling dijalankan .

Setiap ahli keluarga akan bersedia untuk melalui proses sesi kaunseling . Kaunselor akan bertanga tentang perasaan dan pemikiran bukan cadangan . Kaunselor akan mendengar dan terlibat dalam keluarga dan bersedia sentiasa . Apa saha ja boleh dikongsi bersama dan diluahkan secara selamat . Proses ini sangat perlahan tetapi kaunselor tetap mengikuti proses ini setiap masa .

Setiap ahli keluarga akan mempelajari banyak perkara , kaunselor akan memberikan pengalaman yang baru . Perkara baru dan harapan akan dibuat latihan dan dicuba . Dalam model ini , kaunselor akan membuat perubahan dan kemajuan baru .

TEKNIK-TEKNIK

Orang yang bertanggungjawab di atas perubahan dalam ahli keluarga adalah ahli keluarga itu sendiri bukan kaunselor . Semasa sesi dijalankan , ia berfokus kepada teknik berkaitan kejujuran emosi , tulen , dan pemahaman .
Mc Lendon dan Davis (2002) menggunakan akronim R.E.C.I.P.E untuk perubahan yang teraputik :

R-resourcefulness
E-empowerment
C-congruence
I-inner system
P-pattern
E-externalization

Beberapa contoh teknik yang digunakan oleh Satir. Satir & Bitter , 2000:
• Family maps ( similar to genogram)
• Family life-fact chronology
(a listing of a family’s three generation history)
• Family sculpting
• Drama
• Reframing
• Humor
• Touch
• Parts parties
• Family reconstruction

7.1 FAMILY SCULPTING

Satu teknik yang terbaik digunakan oleh Satir adalah teknik family sculpting iaitu menggunakan kesedaran ahli keluarga bagaimana setiap ahli berfungsi dan bagaimana mereka memerlukan antara satu sama lain . Teknik ini menggunakan komunikasi non verbal . Iaitu setiap ahli keluarga dikehendaki membuat aksi tanpa suara dan ahli keluarga lain mesti membuat respon pada setiap aksi tersebut .

7.2 FAMILY RECONSTRUCTION


Teknik ini seperti psikodrama . Untuk melalui peristiwa yang signifikan dalam kehidupan 3 generasi keluarga . Satir guna family maps ,family life-fact chronology dan beliau berpendapat adalah sebagai asas pembinaan

( Satir,Bitter& Krestensen ,1988) . Family maps digunakan untuk melihat perkembangan keluarga besar . Satir percaya manusia didalam bulatan untuk menunjukkan keseluruhan . The family life-fact chronology boleh menunjukkan sejarah keluarga dan peristiwa sebenar . Orang yang difokuskan dalam sesi kaunseling keluarga ini adalah A focus-individual called “star” menurut Satir .

Nerin,1986,1993;Satir & Baldwin,1983; Satir,Bitter & Krestensen ,1988, mengatakan ada 3 matlamat :
1) untuk ahli keluarga mencari pengajaran
2) untuk membantu individu lebih realistik pada pandangan ibubapa
3) untuk membantu mengeluarkan personaliti yg unik

7.3 PART PARTIES

Satir melihat bahawa dalam sistem keluarga setiap individu adalah sebahagian daripada sistem sama ada positif atau negatif iaitu ada kelebihan dan kekurangan . Manusia biasanya memutarbelit , menafikan dan tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai remaja dan kehidupan orang dewasa tetapi melayan anak seperti anak kecil yang berdikari . Teknik ini adalah proses psikodrama biasa digunakan untuk kumpulan untuk membantu indvidu menerima kebenaran persilangan budaya dalam kehidupan .

Bitter , 1991 ; Satir & Baldwin ,1983 mengatakan “Used with couples or families , it is a means of showing family members what is happening when they interact” , Contoh : minta pasangan menyenaraikan 6 org yang dikenali ramai dan perwatakannya . Kemungkinan antara tokoh dan perwatakan adalah Abraham Lincoln ( semangat integriti ) , Meryl Steep ( berbakat ) , Hillary Clinton ( kepimpinan ) , Robin Williams ( kelakar ) dan lain-lain lagi . Tokoh-tokoh yang telah ditulis oleh pasangan tadi ada persamaan dan ada perbezaan . Hasil daripada aktiviti ini adalah berobjektif bahawa setiap manusia ada kekuatan dan ada kelemahan .

8. TERAPIS SATIR DAN APLIKASI MODEL SATIR DENGAN KELUARGA QUEST

Terapis Satir telah menggunakan pendekatan komunikasi jelas dengan keluarga Quest. Terapis berkenaan memberi ruang kepada Paul dan Jane untuk meluahkan perasaan dan nyatakan harapan masing-masing. Ini dapat dibuktikan bila;
i. Terapis menanyakan pada Jane tentang perasaannya bila Paul memuji Jane.
ii. Terapis meminta Jane luahkan hasratnya kepada Paul iaitu keinginannya agar Paul untuk meluangkan masa sedikit dengan Jason dan Luke.
iii. Beri peluang kepada Jane untuk nyatakan perasaan bersalahnya terhadap keadaan keluarga yang tidak terurus kepada suaminya, Paul.

Terapis Satir menggunakan teknik ‘Touch’ (sentuhan bermakna) untuk mewujudkan suasana teraputik dalam kalangan keluarga Quest. Antara suasana berlakunya sentuhan ‘touch’ ialah;
i. Terapis memicit kaki Jason sewaktu Jason menafikan bahawa dia telah menendang kaki Luke dan ini mendorong Jason untuk mengaku terhadap tindakannya menendang Luke.
ii. Terapis menyentuh lutut Ann setelah Ann berjaya mengambil ‘hanger’ plastik daripada tangan Luke sewaktu Luke cuba memukul Jason.
iii. Terapis menggalakkan sentuhan positif Amy terhadap Jason

Terapis satir memberi peluang kepada Jason untuk menyatakan hasratnya kepada Paul iaitu keinginan Jason untuk dipeluki oleh bapanya, Paul.

Kesimpulannya, teknik komunikasi jelas telah membantu keluarga Quest berterus terang sesama ahli keluarga. Luahan perasaan dan harapan oleh setiap ahli membuka ruang persefahaman dalam kalangan ahli keluarga. Model Satir mementingkan corak komunikasi yang jelas dan tepat agar mesej yang ingin disampaikan oleh seseorang ahli keluarga kepada ahli keluarga yang lain berlaku dengan berkesan. Teknik sentuhan pula dapat mewujudkan suasana harmoni dan rasa dihargai serta disayangi. Terapis Satir berpendapat Jason dan Luke hanya mengalami sentuhan negatif sejak kecil sewaktu bersama keluarga asal. Jika keluarga Jane dapat memberikan sentuhan positif kepada mereka, kemungkinan besar Jason dan Luke akan mengubah tingkah laku mereka kepada yang lebih positif.

9. APLIKASI MODEL SATIR DALAM KELUARGA

9.1 AKTIVITI KOMUNIKASI

1. Nyatakan perasaan Jane jika Paul memujinya?

2. Lakonkan cara komunikasi yang terbaik untuk Jane luahkan hasratnya kepada Paul iaitu keinginannya agar Paul untuk meluangkan masa sedikit dengan Jason dan Luke(anaknya).

3. Gayakan (sculpting) komunikasi Paul ketika marah?

4. Nyatakan komunikasi Jane ketika dia meluahkan rasa bersalahnya terhadap keadaan keluarga yang tidak terurus kepada suaminya, Paul?

9.2 AKTIVITI SENTUHAN

1. Apakah perasaan Jason apabila kakinya dipicit dan apakah yang mendorong Jason untuk mengaku kesalahannya?

2. Apakah pandangan Ann bila lututnya disentuh apabila dia berjaya merebut ’hanger’ daripada tangan Luke ketika hendak memukul Jason?

3. Apakah perasaan Amy sekiranya Paul mengusap rambutnya?

4. Apakah tingkah laku Jason bila Paul memeluknya?
`

10 KESIMPULAN
Satir merupakan satu-satunya wanita yang berjaya memperkembangkan satu model famili terapi yang sempurna . Beliau banyak menghabiskan masa mengendalikan bengkel dan mengadakan latihan kepada terapis keluarga iaitu lebih daripada 5,000 keluarga . Satir percaya bahawa ketulenan , dan kebolehannya menyentuh setiap hati dan semangat manusia dapat membawa harapan kepada sesi kaunseling keluarga ini . Teori ini lebih cenderung kepada pendekatan kemanusiaan namun ia tetap menitikberatkan kepada celik akal ketika sesi kaunseling keluaraga sedang dijalankan . Teori ini juga lebih berfokus kepada self –esteem .

2 comments:

Anonymous said...

Boleh ke kalau kita cakap virginia satir ni tokoh kaunseling?

Unknown said...

Virginia Satir satu nama yang jarang kita dengar kecuali bagi mereka yang mengambil bidang kaunseling yyg lebih spesifik iaitu kaunseling keluarga. Jika soalan tersebut hendak dijawab...ia adalah tokoh kaunseling keluarga.