Saturday, December 28, 2013

Kejayaan Anugerah Allah

Alhamdulillah,
2013 dan 1434 meninggalkan kenangan yang indah...
Azam dan cita-cita tidak ditetapkan secara spesifik (tidak bertepatan dengan konsep) dan jauh sekali untuk ditulis tetapi perjalanan hidup dirasakan agak selesa..

Proposal PhD. diterima dengan pembetulan cukup melegakan setelah dua tahun brhempas pulas menyiapkannya...Kini persediaan untuk VIVA dirasakan bertambah perit...semuanya memerlukan kecekalan dan ketabahan yang tinggi...

Aku tahu ...
terkadang jiwa ini terlalu lemah....Berita kenaikan gaji untuk Master dan PhD. sebenarnya tidaklah begitu mengujakan berbanding dengan liku dalam pengajian dan kewangan dan masa yang dicurahkan...walau bagaimanapun syukur kepada Allah kerana membuka sedikit mata ahli politik bagi memberikan sedikit keselesaan kewangan untukku meneruskan pengajian ini.

Berita kenaikan taraf ke IPTA untuk KUISAS menyebabkan aku mula memasang angan-angan untuk menjadi pensyarah di sana...mungkin ada rezeki untukku dan keluargku di UISAS.




No comments: