Perseimbangan antara tugas sebagai pelajar,ayah,suami,guru.
Teringat pula saya akan suatu terma dalam subjek Komunikasi yang saya ambil waktu first graduate.Komunikasi yang berbeza memerlukan tindakan yang berbeza.Komunikasi sebagai ayah dan anak takkan sama dengan tugas sebagai guru bimbingan dengan klien.Komunikasi antara suami isteri takkan sama dengan komunikasi dengan rakan wanita.Kalu tak silap itu namanya 'Citra Diri'.
Dan dalam perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling pun wujud juga "Citra Diri' ini.Cumanya dilihat dalam konteks yang berbeza iaitu antara personal dan profesional.Cuma yang membezakan kedua-duanya ialah item komunikasi dan tugas.
Namun penyatuan kedua-duanya ialah pada perbezaan di dalam situasi yang berlainan.Misalnya kaunselor dengan kliennya akan bertindak secara profesional dengan memberikan bantuan agar klien boleh membuat keputusan yang terbaik walaupun kadang-kadang kes itu serius seperti mencuri tetapi apabila berhadapan dengan anak sendiri yang mencuri (secara personal ) anak itu akan dirotan terus.
Itulah jawapan kepada persoalan profesional dan personal serta komunikasi yang perbagai tersebut dan itulah jawapan kepada orang yang selalu memandang rendah terhadap kaunselor yang garang.
No comments:
Post a Comment