Sewaktu tak belajar rasa sangat kekosongan dalam diri.Bila dah belajar terasa sangat kekalutan yang datang menimpa-nimpa.
Semester lepas,sampai tumbang (demam)waktu periksa akhir.Alhamdulillah,keputusan makin baik.Nasib Baik...
Semester ni rasanya lagi kalut...assignment ada tujuh tu belum masuk subjek Kecelaruan Emosi.Huihh.. pening bila dipikiorkan.
Namun hakikatnya kepuasan yang tak terhingga walaupun sampe tumpo teman rasakan.Subhanallah...itulah kuasa Allah.
Rupa-rupanya belajar ini bak makan buah geduok,bau Ya Allah mengit(busuk sangat)tapi kalau dimakan Masya Allah sedap bebenor...lemak manis kata orang KL...hingga menjilat ja...op... op... op... ayat ni takleh pakai sebab ada kaitan dengan Amerika dan Yahudi.
Dalam kekalutan kita mencari ilmu,tak leh nak nafikan anak-anak.Kasih sayang pada anak-anak (dan mak anak-anak)kadang-kadang tak berapa sempat nak diberikan.Jadi segala masa yang terluang walau sedikit saya gunakan untuk menampung kekurangan itu.
Selepas solat berjemaah,anak dan isteri akan duduk sekejap sementara menanti sedikit tazkirah.Di kala itulah segala permasalahan anak dan isteri dapat diperbincang dandirungkakan bersama-sama.
Hari Ahad adalah waktu yang ditungu-tunggu,sebab itulah satu-satunya hari yang free,so nak tak nak,letih ke tidak kena la layan segala kerenah anak danmak anak-anak.
Tapi walau bagaimanapun segala dugaan dan ujian ini amat manis untuk dirasai walaupun pahit kadang bak memakan buah geduok yang sya nukilkkan sebentar tadi.
No comments:
Post a Comment