Saturday, April 4, 2009

UNIVERSITI PERGURUAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM





BAB 1
KE ARAH TEMURAMAH
DAN KAUSELING BERARAH



PENSYARAH:
DR MOHAMAD NASIR BIN BISTAMAM

PELAJAR:
ROSLAN BIN AHMAD FUAD
M20072000477


KAUNSELING INDIVIDU

BAB 1

TUJUAN TEMUBUAL DAN KAUNSELING.

PENGENALAN

Temubual merupakan satu cara untuk meneroka permasalahan yang dialami oleh klien.Kadang-kadang klien mempunyai terlalu banyak masalah yang berlainan dalam suatu masa. Maka kaunselor perlu bijak menggunakan kemahirannya untuk mengenalpasti permasalahan utama dengan cara mendengar dan memberikan perhatian yang bersungguh-sungguh. tentang apa yang klien rasai dan bagaimana klien harus bertindak.

Kaunselor juga perlu membantu klien untuk melihat kaedah baru bagi menyelesaikan masalah klien berdasarkan penceritaan klien.Melalui cara ini klien akan sebaik mungkin untuk cuba mengingat semula cerita lama tetapi dalam bentuk dan idea yang baru dan lebih positif .Keputusannya boleh menyebabkan klien merasai kesedaran kendiri yang mendalam,mendapat pengetahuan berguna yang boleh digunakan dalam pelbagai cara dan seterusnya dapat mengubah kepada tingkah laku baru.







PERKEMBANGAN SEBAGAI MATLAMAT KE ARAH CADANGAN TEMURAMAH: LUAHAN KISAH KLIEN.

Kaunseling dan temuramah mempunyai kaitan yang rapat dengan cerita yang disampaikan oleh klien.Justeru ,apa yang diceritakan oleh klien sangat penting dan perlu diambil perhatian . Semasa sesi berlangsung, seseorang kaunselor perlu mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada diri klien melalui penceritaan yang diutarakan.Ini juga bermaksud kaunselor harus mengetahui bagaimana seseorang klien itu memikir ,merasa dan bertindak.Ini semua sebenarnya cukup penting kerana maksud sebenar matlamat kaunseling tidak akan tercapai jika maksud sebenar yang diluahkan klien menyimpang dari matlamat asal.

Dan apa yang penting ialah bagaimana klien harus bertindak menurut apa yang telah diperbincankan.Agar tindakan yang dirancangkan lebih berhasil maka,beberapa saranan telah dihasilkan untuk menjadikan tidakan lebih mudah dilaksanakan.Justeru itu, gabungan beberapa item diperolehi iaitu melalui penceritaan-pandangan positif-penceritaan semula-dan tindakan yang perlu diambil.


CERITA-PERKARA POSITIF –PENCERITAAN SEMULA-TINDAKAN

Semasa klien bercerita ,kaunselor mestilah menjadi pendengar yang baik.Dengan itu,maka mudahlah kaunselor untuk membantu klien mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri klien .Kekuatan akan terus dikekalkan manakala kekurangan akan cuba diperbetulkan semasa sesi penceritaan semula kerana dalam fasa ini kaunselor akan melakukan teknik seperti konfrantasi bagi mengesahkan atau menidakkan kelemahan klien.Setelah sesi berlangsung maka tindakan perlu dilakukan oleh klien menurut apa yang diperbincangkan bersama-sama kaunselor..



TEMURAMAH,KAUNSELING DAN KAUNSELING

Temuramah adalah suatu keadaan yang tidak memerlukan penerokaan dilakukan kerana temuramah hanya melibatkan data peribadi yang sangat ringkas dan terhad .

Kaunseling adalah suatu keadaan yang memerlukan klien bertemu dan menceritakan permasalahan secara lebih intensif dan lebih mendalam .Persoalan yang di dinyatakan lebih kepada persoalan peribadi.Kaunselor perlu berperanan sebagai pemudahcara bagi membatu klien menyelesaikan masalahnya.

Psikoterapi pula lebih kepada suatu proses yang lebih serius dan memberi fokus yang mendalam dalam membuat penerokaan terhadap klien. Ia lebih menekankan kepada penyelesaian masalah pada masa itu.Tujuannya adalah untuk membantu klien membuat keputusan segera mendalam lagi,reflektif yang diperolehi dapat digunakan untuk bantu klien bermasalah bagi menyelesaikan masalahnya sendiri.

PENAMBAHAN SKIL DAN FLEKSIBEL: TUJUAN KAUNSELING DAN TUJUAN KAUNSELING YANG BERDASARKAN KEBUDAYAAN.

TUJUAN

Banyak kemungkinan yang diperolehi daripada perbincangan bersama klien.Tetapi apa yang penting ialah kaunselor perlu mendengar terlebih dahulu dan membantu kilen membuat penyelesaian masalah kemudian.

Kaunselor harus sedar ,bahawa untuk menangani pelbagai permasalahan ia perlu membuat pertimbangan terhadap beberapa faktor seperti perbezaan etnik,bangsa,jantina dan lain-lain lagi.Ini penting agar keberkesanan sesi tidak terganggu.



TUJUAN KEBUDAYAAN

Di dalam perkara ini pula kaunselor harus memikirkan tentang latar belakang klien yang pelbagai.Ini kerana latar belakang klien tidak sama dengan latar belakang kaunselor.Ini sudah tentu memberikan perbezaan yang besar apabila sesi diadakan.Perbezaan ini juga menunjukkan kaunselor perlu peka bahawa peranannya dan cara komunikasi perlu diubah agar maksud dan tujuan kaunseling dapat di terima oleh klien.


HERARKI KEMAHIRAN MIKRO

Herarki kemahiran mikro merupakan suatu unit kemahiran kominukasi temuramah yang membantu interaksi yang lebih berkesan dan berarah ketika sesi bersama klien sedang berlangsung.

TEORI DAN KEMAHIRAN MIKRO
Dalam Herarki Kemahiran Mikro ini,perkara yang menduduki tepat teratas tidak semestinya lebih baik daripada yang berada dalam herarki terendah kerana ia ebih bergantung kepada pemilihan dan penggunaan teori yang diguna pakai oleh kaunselor ketika sesi berlangsung.


AMALAN KEMAHIRAN MIKRO ,PENYELIAAN DAN PERKEMBANGAN KEHIDUPAN

Rangka kerja amalan kemahiran mikro in telah dibangunkan untuk dijelaskan serta dipermudahkan untuk dipraktikkan di dalam situasi yang benar-benar wujud di dalam sesuatu sesi kaunseling.

Dari segi penyeliaan pula,ia amat penting kerana ia merupakan langkah terpenting untuk memastikan sesi kaunseling yang dijalankan adalah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

KAJIAN TENTANG OTAK:IMPLIKASINYA TERHADAP TEMURAMAH

Kepentingan kajian otak dan temuramah.kajian tentang otak perlu diberi perhatian kerana semasa sesi sedang berlangsung klien dan kaunselor masing-masing menggunakan pemikiran justeru itu peranan otak tidak boleh dipandang ringan.

Semua pergerakan dan perasaan serta memek muka yang menggambarkan perasaan dalam sesi melibatkan peranan otak. Oleh peranan otak tidak boleh dikesampingkan sama sekali kerana otak dikatakan menjadi pengawal kepada segala tingkah laku manusia.


KESIMPULAN
Rumusan

Setiap yang dipelajari sama ada teori ataupun kemahiran – kemahiran ,ia memerlukan latihan dan penilaian untuk melihat kecekapan seseorang pengamalnya. Ia boleh dilakukan dalam bentuk latihan individu ataupun penilaian kendiri melalui rakaman yang telah dibuat. Ini semua dapat memantapkan lagi kebolehan seseorang penemuramah , kaunselor dan ahli psikoterapi.

No comments: