Wednesday, February 4, 2009

Dilema Sebagai Guru Bimbingan Sepenuh masa

Tak tahu mana nak mula,tak tahu mana nak mengadu,JPN,PPD sama aje.Semacam ada ketakutan dan kekalutan bila nak laksanakan item Sepenuh Masa ni.

Bermula dari 2005,sejak teman diarahkan oleh pihak sekolah untuk menjadi Guru Bimbingan Sepenuh Masa dan tahun 2007 pula dilantik oleh JPN.Masalah yang sama masih belum dapat diatasi.

Ye ,di mana silapnya teman pun tak tau.

Hingga kini masih ada guru besar yang liat nak laksanakan perintah pekeliling ni.Macam-macam alasan yang diberikan kepada Guru Bimbingan yang diingatnya bodoh cam lembu tu.Walau bagaimanapun ini tak termasuk Guru Besar teman kerana teman diberikan hak tersebut tanpa teman minta...memang ada bakat dan tokoh sebagai Guru Besar Cemerlang(DG 38).Bukan nak ngampu ...tapi inilah kenyataannya yang harus diikuti dan dicontohi oleh Guru Besar lain.

Baru-baru ni,keluar dua pekeliling iaitu satu khas untuk Guru Bimbingan Sekolah Rendah dari JPN dan satu lagi dari KPM.Kedua-dunya menyatakan benda Allah yang sama iaitu hak mendapat Sepenuh Masa (Dikecualikan daripada mengajar subjek)dan waktu pulang sebagaimana guru biasa(bukan lagi ikut waktu pejabat iaitu 8.00 pagi hingga 4 petang).

Apabila ,mendapat surat ini rsanya nak aje saya ucapkan tahniah pada JPN kerana begitu berani mengeluarkan surat yang sebegini.Tapi harapan saya janganlah surat hanya tinggal surat dan pekeliling hanya sekadar untuk dijeling.

Dan untuk pengetahuan JPN dan KPM walaupun telah menerima pekeliling ini,hakikatnya masih ramai lagi rakan-rakan seperjuangan teman yang tak dapat menikmati nikmat pekeliling tersebut walaupun telah dua pekekliling diturunkan.

Jadi,nasihat teman rajin-rajinlah turun padang,jangan asyik nak keluarkan surat dan pekelilng aje...

Kay...bye-bye

No comments: