Saturday, April 4, 2009

Bab 15
Determining Personal Style and Future Theoretical / Practical Integration
( Menentukan Cara Untuk Mengubah Diri dan Berdasarkan Teori Pada Masa Akan Datang / Integrasi Praktikal

Kebanyakan kaunselor menggunakan gaya yang tersendiri untuk memberikan bantuan serta menunjukkan hala tuju klien pada akhir sesi. Adakalnya kaunselor mendapati persoalan ”betul dan salah” wujud apabila ia menggunakan formula kaunseling dan terapi.Klien yang susah untuk menerima formula tersebut kebiasaanya akan ”menentang” kerana ia ”tidak bersedia” untuk dikaunselingkan.Justeru itu, jika kaunselor mempunyai pendekatan tersendiri, mereka perlu memikirkan tentang klien yang mempunyai pengalaman yang berbeza.

Seseorang kaunselor perlu mengenal pasti gaya untuk membuat perubahan personaliti klien dengan mengunakan mikroskill seperti basic listening skill, konsep three V`s + B dan lain-lain kemahiran. Selain itu, kaunselor juga perlu mengambil masa untuk mempertimbangkan tahap kompentasi mereka. Antara caranya ialah seseorang kaunselor perlu mengenal pasti dan membuat pengelasan konsep serta perkataan dan bentuk komunikasi yang akan digunakan dalam sesi bagi memahami dan menganalisa sesi kaunseling yang dijalankan.

Penggunaan asas kompentensi amat penting kerana pada tahap ini kaunselor telah memahami dan mempraktikkan konsep yang diamalkan.

Penggunaan kompentensi intentional iaitu kaunselor boleh menggunakan kemahiran yang spesifik berdasarkan keberkesanan penggunaannya terhadap klien.

Penggunaan kompentensi untuk memberi pengajaran kepada klien. Ia digunakan dalam memberi pengajaran kepada tingkah laku klien yang hendak diubah

Jika kaunselor telah memenuhi lima tahap struktur, kaunselor sebenarnya telah membuat pemulaan yang baik dan memahami pekerjaan mereka dengan profesional. Terdapat beberapa kunci utama tentang empat teori dan metod dalam praktikal antaranya: ialah setiap teori yang digunakan adalah berlainan dan dari sistem praktikal pula ia menggunakan mikroskill yang berbeza-beza berdasar kepada teori itu sendiri. Ia meliputi kemahiran yang menggunakan soalan yang banyak kepada tiada soalan dan orentasi tumpuan klien.

Kesimpulan
Penggunaan teori dan sistem praktikal yang lebih fokus kepada lingkungan makna yang berbeza dan penceritaan yang berbeza yang telah diceritakan oleh klien dalam sesi melayan dan kaunseling.Penggunan teori yang berbeza pada asasnya merujuk kepada car dan gaya yang berbeza.Ia akan mempengaruhi sesi kaunseling dan klien itu sendiri kerana tanpa sedar perubahan yang berlaku banyak bergantung keada penggunaan teori serta cara pengolahan teori oleh seseorang kaunsleior itu sendiri.Justeru itu dapat disimpulkan bahawa :

Decisional counseling lebih fokus kepada membuat keputusan tentang isu dan masalah dalam kehidupan.
Person centered counseling menekankan bagaimana klien memahami diri mereka dan memberi makna dalam kehidupan.
Behavioral counseling pula lebih kepada perubahan secara direktif dan melakukan perubahan serta merta.
Solutian oriented counseling menggunakan aset daripada klien untuk menyelesaikan isu.
Motivational counseling adalah hasil dari kombinasi semua bentuk kaunseling di atas.

Ketulenan diri dan keperluan klien aalah dua perkara utama yang perlu diambil kira oleh kaunselor ketika ia mengintegrasi dan menyesuaikan dengan beberapa teori. Perlu diingat setiap individu adalah unik yang datang dari latar belakang, masyarkat, bangsa, kaum agama dan budaya yang berbeza.

No comments: