Saturday, April 4, 2009

Bab 14
Integrating Microskills With Theory : Sequencing Skills and Interview Stages
( Integrasi Mikroskill Dengan Teori :
Rangkaian-rangkaian Kemahiran dan Tahap Melayan)

Decisional theory mempunyai banyak kelebihan kerana ia membenarkan penggunaan yang berubah-ubah mengikut pendekatan teori yang digunakan serta penggunaan teori secara atletik. Proses akan lebih mudah dan bermakna seandainya kaunselor benar-benar mahir untuk mengunakan lima tahap penstrukturan dalam proses kaunseling .Fokusnya adalah untuk mencari kekuatan dan aset positif klien serta membantu klien agar lebih bersedia untuk bergerak kepada tahap seterusnya. Kaunselor boleh membuat keputusan untuk mengintergrasikan kemahiran serta mempelbagaikan pendekatan berdasarkan situasi dan klien sendiri.

Person Centered Counseling lebih kepada penggunaan kemahiran untuk mencari kekuatan dalaman klien. Kebiasaannya teori ini memberikan tumpuan kepada mencari makna dan perasaan kien. Kesempurnaan kendiri yang dipunyai klien pada dasarnya amat membantu klien untuk memahami dirinya sendiri. Dengan hanya menggunakan kemahiran secara arahan kendiri klien akan di bawa untuk memikirkan permasalahan kendiri yang dihadapinya klien memikirkan sendiri masalah hingga klien mendapat celik akal kepada permasalahan yang dihadapinya dan sterusnya mencari jalan yang terbaik untuk menyelesaikannya permasalhan yang sedang dihadapinya..

Behavioral strategy lebih memberi tumpuan tehadap perubahan tingkah laku yang segera kerana pada pendapat teori ini perubahan sikap akan menyusul kemudian iaitu setelah klien dapat mengubah tingkah lakunya terlebih dahulu.Teori ini ini berasaskan kepada strategi ketegasan yang bersesuaian dengan klien.

Brief Counseling pula membuat andaian bahawa klien mempunyai cara jawapan yang tersendiri semasa kaunselor membantu mereka mengenali diri dan matlamat yang ingin dicapai. Ia perlu diuruskan secara pragmatik. Kaunselor boleh menggunakan pelbagai strategi dan soalan yang bersesuaian ketika sesi sedang berlangsung bertujuan untuk membantu klien menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. Kaunselor dicadangkan dan digalakkan untuk kerap menggunakan soalan dan struktur yang boleh dikongsi dengan klien.

Motivational Counseling pada kebiasannya digunakan untuk merawat klien yang mengalami masalah ketagihan ,sama ada ketagihan alkohol, ketagihan dadah dan klien yang mempunyai ketagihan yang seumpamanya. Ia memerlukan kepada penggunaan metod yang terlalu banyak.Soalan-soalan yang dikemukakan adalah dari solution oriented counseling yang berpksikan kepada pemindahan tingkah laku dalam sesi kaunseling kepada dunia realiti. Teori ini berkonsepkan kepada kerjasama antara kaunselor dengan klien kerana kerjasama yang positif akan menimbulkan menimbulkan sumber yang positf dan motivasi dalam diri klien serta membenarkan autonomi dan arahan kendiri klien.

Gaya kaunselor dalam setiap proses melayan memerlukan kepelbagaian adaptasi .Ia bertujuan untuk mencari makna sebenar dalam situasi yang mempunyai kepelbagaian budaya. Fokus utama masih tertumpu kepada memberi bantuan kepada klien untuk menyelesaikan permasalahan yang sedang dihadapinya. Dengan memberikan fokus terhadap budaya, persekitaran, dan konteks dimensi seseorang kaunselor didapati lebih mudah untuk mengambil kira pendekatan yang akan digunakan terhadap klien. Ketika mengadakan sesi.Walaubagaimanapun, kaunselor perlu meletakkan target dan membuat penyesuaian dengan kepelbagaian budaya.Adalah merupakan perkara terpenting agar seseorang kaunselor tidak tanggapan (judgement) tertentu terhadap klien.




Kesimpulan
Sebagai seorang kaunselor yang profesional,ia perlu mempelbagaikan pendekatan yang akan digunakan semasa bersesi.Ini amat penting agar kaunselor tidak ketandusan idea dalam proses memberikan bantuan kepada klien.. Namun begitu, kaunselor boleh memilih salah satu pendekatan teori yang ingin digunakan berdasarkan kepada keselesaan kaunselor itu sendiri. Ia sbenarnya amat bergantung kepada pengetahuan, kemahiran dan minat kaunselor untuk membantu klien secara lebih profesional.

No comments: