Saturday, April 4, 2009

BAB 3

BERTINGKAH LAKU:
ASAS UNTUK BERKOMUNIKASI

PENGENALAN:ASAS MENDENGAR

Sepanjang perbualan dalam sesi kaunseling kemahiran mendengar merupakan asas terpenting.Ia juga merupakan prasyarat untuk menjadi seorang kaunselor yang baik.Selain mendengar, kaunselor juga membuat perhubungan melalui lisan dan juga memerhati keserasian tingkah laku non verbal klien. Kepercayaan kaunselor terhadap apa yang diperkatakan oleh klien akan menjadikan sesuatu sesi itu lebih bermakna.

Bagaimanakah melayani tingkahlaku dapat membantu klien menyelesaikan masalahnya.Seseorang kaunselor perlu menggalakkan klien untuk berbicara dan meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya.Melalui cara begini klien akan lebih mudah mesra.Galakan berbicara sebenarnya merupakan gerbang ke arah penerokaan diri klien.Dengan memberikan galakan kepada klien untuk bercakap juga sebenarnya memudahkan klien untuk mengenal pasti permasalahan sebenar yang dihadapinya.Ini disebabkan melalui percakapan segala input berkaitan yang terpendam dalam ‘unconscious ‘klien akan dapat diluahkan tanpa sedar dan ini akan memudahkan kaunselor untuk memproses persoalan tersebut.

Beberapa skil dalam komunikasi diperlukan untuk menjadikan sesuatu sesi itu lebih berjaya.Antaranya ialah kontak mata,kualiti suara,dan bahasa badan.Seseorang kaunselor itu harus bijak dan seharusnya mahir untuk menggunakan skil tersebut kerana ia banyak membantu kaunselor dalam proses menolong klien.Kalau ditelusuri satu persatu di mana semasa bersesi kaunselor harus memberikan perhatian kepada sesi dan klien dengan memberikan tumpuan terhadap apa yang diperbincangkan dengan melihat klien.Bahasa yang jelas amat diperlukan agar klien dapat memahami apa yang diperkatakan oleh kaunselor serta kaunselor harus memerhatikan bahasa badan klien :adakah ia selaras dengan apa yang diperkatakan oleh klien tersebut. Jika terdapat bebrapa ketidakselarasan antara apa yang diperkatakan oleh klien dengan bahasa badan yang ditunjukkan kaunselor boleh mengkonfran klien untuk mendapatkan kepastian tentang kebenaran perkara yang diperbincangkan.

BAGAIMANAKAH UNTUK MELAYANI KLIEN KURANG UPAYA

Pada dasarnya teknik dan cara yang digunakan dalam menghadapi klien kurang upaya adalah sama ,cuma dalam hal ini kaunselor perlu menggunakan kebijaksanaan untuk melakukan sedikit pengubahsuaian atau modifikasi agar sesi yang dijalankan dapat dimanfaatkan oleh klien tersebut.

Membuat sesi dengan orang buta memerlukan kaunselor untuk memahami bahawa klien tidak dapat melihat segala tingkah laku kaunselor kerana klien akan lebih memberikan penekanan terhadap penekanan suara kaunselor.

Berhadapan dengan orang pekak memerlukan kaunselor menggunakan penterjemah agar sesi yang berlangsung dapat difahami dan berjalan dengan mudah.Disamping itu kaunselor perlu memerhati segala non verbal yang ditunjukkan oleh klien.

Untuk menghadapi klien yang cacat anggota fizikal kaunselor perlu melayan mereka sepeti orang biasa dan tidak menggolongkan mereka sebagai golongan bermasalah keranan mereka adalah sama seperti orang normal dari segi pemikiran dan perasaan.Perkara yang membezakan golongan ini ketiadaan anggota fizikal yang mungkin menghalang mereka untuk melakukan pergerakan atau apa-apa urusan dengan mudah.

Dalam melayani klien,kaunselor perlu memikirkan beberapa perkara penting agar sesi yang berlangsung akan lebih berkesan.Kontak mata memainkan pernanan yang penting kerana ia banyak mempengaruhi sesi.Melalui kontak mata seseorang kaunselor boleh mengenal pasti sama ada klien bercakaap benar atau sebaliknya.Melalui kontak mata juga kita dapat mengenalpasti adakah klien berminat dengan sesi atau tidak.Walaubagai mana pun kontak mata ini bergantung kepada budaya kerana kaunselor harus memahami bahawa setiap budaya itu adalah unik.

Seterusnya kaunselor juga perlu memerhatikan dan menanggap nada atau kualiti suara yang dikeluarkan oleh klien .Kualiti Suara juga bermaksud tekanan suara yang tinggi dan rendah.Kaunselor dapat mengagak tahap keseriusan masalah yang dihadapi klien berdasarkan tahap kualiti suara yang diujarkan.

Semasa bersesi, kadang-kadang terdapat klien yang mempunyai ketidaksamaan pernyataan dengan tingkahlakunya.Kaunselor boleh mengenalpasti perkara tersebut dengan membuat sedikit konfrantasi.Tujuannya adalah utnuk memastikan sama ada apa yang diperkatakan itu benar atau pun sebaliknya atau pun ada sesuatu perkara yang disembunyikan oleh klien.

Kesenyapan adalah salah satu daripada unsur yang harus dipertimbangkan semasa sesi diadakan. Menggunakan sepenuhnya kesenyapan yang dilakukan oleh klien sememangnya perlu kerana ketika klien dalam keadaan senyap kaunselor perlu merasai kesenyapan tersebut sebagai sesuatu yang amat berharga untuk dihayati. Kesenyapan klien sebenarnya sebenarnya bukanlah sesuatu yang tidak baik kerana kaunselor harus faham bahawa ia bukan suatu yang mudah bagi seorang klien untuk duduk dan menerima kaunselor sebagai sebahagian dirinya.

LATIHAN KECEKAPAN DAN PENILAIAN KENDIRI

Latihan Kaunseling berarah terbahagi kepada tiga bahagian iaitu latihan secara individu,berkumpulan dan secara membuat penilaian kendiri.

Melalui latihan secara individu, seseorang kaunselor dapat menggunakan teknik yang dipelajari secara teori ke dalam bidang yang sebenar.Praktikal yang dilakukan akan menambahkan lagi kemahiran kaunselor secara personal.

Latihan berkumpulan pula membolehkan praktikal dilakukan secara bersama. Perkara sebegini memeang penting utnuk menjamin kualiti seseorang individu tu terjamin.Apabila berkumpulan ,seseorang kaunselor itu akan ditegur kesilapan yang dilakukannya oleh rakan dan akhirnya akan dapat membentuk tingakah laku yang lebih baik dalam menjalankan sesi kaunseling.

KESIMPULAN

Bab ini banyak berkisar tentang komunikasi,bagaimana sesuatu komunikasi itu dianggap berjaya dan seperkara yang menarik ialah komunikasi bersama kaunselor kurang upaya.Penggunaan skil dalam topik diberi tumpuan yang benar-benar rapat dan terlalu penting untuk diikuti.

No comments: