Saturday, April 4, 2009

BAB 4
SOALAN-SOALAN :
KOMUNIKASI TERBUKA


PENSYARAH:
DR MOHAMAD NASIR BIN BISTAMAM


PELAJAR:
ROSLAN BIN AHMAD FUAD
M20072000477





BAB 4
Soalan-soalan :
Komunikasi Terbuka

Pemerhatian terhadap tingkahlaku merupakan asas kepada mikroskill ,namun begitu penyoalan merupakan sistem kepada konsep melayan.

Soalan-soalan yang dikemukakan oleh seseorang kaunselor akan menolong kaunselor untuk memulakan sesi yang mempunyai pergerakan secara perlahan dari satu tahap ke tahap yang lain

Pada peringkat awal, Kaunselor akan membantu klien meneroka sendiri konflik mereka .Seterusnya kaunselor dan klien akan memulakan sesi dengan berbincang, mencari punca permasalahan dan mendapat penjelasan tentang isu yang dihadapi .

Soal jawab adalah asas kepada komponen teori dan gaya dalam proses menolong, khususnya dalam counseling cognitive-behavioral, brief counseling dan kaunseling kerjaya.

Terdapat dua bentuk soalan iaitu soalan yang diajukan secara terbuka dan secara tertutup. Soalan terbuka iaitu soalan yang dikemukakan mempunyai skop jawapan dari klien yang luas.Klien lebih bebas untuk memberikan jawapan berdasarkan pemahaman tehadap apa yang ditanya.Pada dasarnya soalan terbuka dimulakan dengan perkataan seperti kenapa, bagaimana, mengapa atau bolehkah. Contoh soalan terbuka ialah “Bolehkah kamu menceritakan perasaan kamu pada hari ini?”. Melalui soalan begini kaunselor akan mendapat jawapan yang jelas daripada klien kerana klien bebas untuk menjawab soalan berdasarkan apa yang difahaminya.

Manakala soalan secara tertutup pula akan mendapat jawapan dengan tepat atau jitu.Jawapan yang diterima lebih rigid dan lebih mudah untuk kasunelor meneroka.Tetapi harus diingat bahawa soalan tertutup ini sering kali menimbulkan kehilangan soalan yang seterusnya kerana ia akan menjadikan seseorang kaunselor mudah kehilangan kata-kata. Melalui soalan tertutup juga kaunselor dan klien akan lebih fokus kepada proses melayan dan mendapatkan maklumat. Soalan tertutup agak membebankan kaunselor kerana mereka perlu lebih meneyeediakan dengan soalan seterusnya untuk mendapat maklumat yang lebih dalam. Soalan tertutup seringkali menggunakan perkataan seperti adakah atau bolehkah. Contohnya “Adakah kamu tinggal bersama dengan keluarga?”. Soalan seperti ini mempunyai satu jawapan sahaja iaitu ya atau tidak.

Isu-isu yang Berkaitan Dengan Soalan

Seringkali wujud klien yang tidak menjawab soalan yang dikemukakan. Pada kebiasannya klien rujukan yang akan bertindak sedemikian.Jika wujud keadaan seperti ini, kaunselor perlu menggunakan dan mengingati pengalaman yang lalu sebagai rangka rujuk. Soalan yang dikemukakan kaunselor perlulah jelas dan dapat difahami dan diterima oleh klien. Ini bertujuan untuk melancarkan sesi kaunseling yang dijalankan. Selain itu, kaunselor perlu menyoal klien dalam bentuk yang luas supaya dapat meneroka segala kekuatan ataupun kelemahan yang terdapat pada klien.

Adakalanya klien tidak memberikan maklumat-maklumat penting yang diperlukan dalam sesi tersebut.Mungkin maklumat penting merupakan ‘hint’kepada persoalan yang dikemukakan.Perakara ini berlaku bermungkin an kerana klien berada di dalam tertekan. Oleh itu, kaunselor perlu mendengar dengan baik dan menggunakan gaya soalan seperti “ Ada apa-apa lagi yang anda ingin maklumkan?”. Soalan seperti ini akan membantu kaunselor mendapat maklumat yang tercicir.

Terdapat Lapan Isu-isu Besar Berkaitan Soalan

Soalan yang digunakan mestilah boleh digunakan untuk membantu permulaan proses melayan.Pembinaan soalan pada peringkat permulaan amat penting kerana ia akan memberikan gambaran awal tentang kejayaan sesuatu dan perjalanan sesuatu sesi itu. Ini kerana permulaan sesi adalah berkaitan dengan melayan.Antara persoalan yang bersesuaian pada tahap ini seperti “Apakah yang anda ingin katakan pada hari ini?”. Soalan seperti ini akan memberikan keselesaan kepada klien untuk memulakan sesi. Apabila wujudnya keselesaan maka sesi akan berterusan dalam setiap proses yang berlaku.

Soalan terbuka sebenarnya banyak membantu klien dalam proses untuk menghuraikan dan menjelaskan permasalahan yang dihadapinya. Kaunselor yang berpengalaman akan dapat menjangkakan persoalan yang akan berlaku seterusnya dengan memulakan sesi dengan satu atau dua soalan yang diberikan. Soalan terbuka membantu kaunselor untuk memulakan dan meneruskan sesi dengan baik dan selesa.

Dengan bertanya sebenarnya kaunselor dapat membantu klien untuk mengspefikasikan dunia permasalahan yang sedang dihadapi oleh seseorang klien. Kaunselor boleh meminta klien untuk menspefikasikan situasiya agar persoalan yang bakal dinyatakan dapat digarap dengan mudah.Jawapan yang terlalu umum akan menghasilkan soalan yang umum.Seterusnya kaunselor akan kabur dengan permasalahan klien.Oleh itu, soalan yang spesifik amat diperlukan oleh klien agar ia dapat menyatakan permasalahan yang dihadapinya secara spesifik. Oleh itu kaunselor dapat menangkap permasalahan yang dihadapi seterusnya dapat membantu klien untuk menyelesaika permasalahan tersebut.

Soalan penting di dalam proses untuk membuat penilaian.Dengan bertanya soalan ia sebenarnya banyak membantu kaunselor untuk membuat diagnosis dan penilaian. Melalui diagnosis kaunselor dapat merangka dan menjangkakan jenis tahap keseriusan sesuatu permasalahan yang dihadapi klien. Untuk membuat penilaian soalan yang diberikan pada kebiasaannya menggunakan persoalan seperti siapa, kenapa, bila, di mana, mengapa dan apa.


Perkataan pertama boleh dijadikan asas atau ukuran untuk memastikan apa yang akan dikatakan klien seterusnya.Untuk menguasai tahap ini seorang kaunselor yang mempuyai kemahiran yang baik akan dapat mengetahui apa yang akan dikatakan oleh klien setelah mengajukan seolah. Perkataan seperti ‘bolehkah’ adalah kelebihan kepada kaunselor untuk mendapat jawapan yang lebih baik kerana persoalan ‘bolehkah’ini menunjukkan klien berada dalam keraguan dan kaunselor boleh mengambil peluang ini dengan bertanya soalan yang lebih untukmengetahui persoalan sebenarnya.


Soalan juga sebenarnya boleh memberikan masalah kepada sesi jika kaunselor tersalah dalam bertanya. Contohnya soalan yang ditanya kadang-kadang boleh menyebabkan klien terasa hati, soalan yang pelbagai boleh mengelirukan klien, soalan yang berbentuk penyataan, soalan yang melibatkan budaya yang berbeza, soalan yang berbentuk pertanyaan yang sukar terutamanya melibatkan kanak-kanak dan soalan yang dikawal. Soalan-soalan seperti ini boleh mendatangkan masalah kerana klien akan merasa tidak selesa atau tidak tahu untuk menjawabnya.Jadi ia sedikit sebanyak akan menganggu proses kaunseling.

Situasi pelbagai budaya.Dalam persoalan ini ,terdapat soalan yag boleh menyebabkan kecurigaan wujud.Jika kaunselor mempunyai latar belakang sama dengan klien, soalan yang dikemukakan adalah bebas dan jika sebaliknya kaunselor berhati-hati untuk mengajukan soalan supaya ianya tidak mendatangkan kecurigaan kepada klien. Ini boleh menyebabkan ketidakselesaan di antara kaunselor dan klien.Seterusnya akan menganggu gugat sesi kaunseling tersebut.

Soalan boleh menolong klien mencari kelebihan dan kekuatan .Melalui soalan,seseorang kaunselor boleh membimbing klien mengenal pasti kelemahan dan mengubahnya menjadi kekuatan. Soalan yang dikemukakan perlu melibatkan budaya, jantina dan kekuatan keluarga


Kesimpulan
Soalan –soalan yang dikemukakan seharusnya menggambarkan hasrat kaunselor untuk membantu klien dengan jujur dan ikhlas.Soalan yang dikemukakan seharusnya menunjukkan minat kaunselor terhadap isu yang dikemukakan oleh kaunselor.Pada dasarnya ,kaunselor dan klien akan saling membantu untk menyelesaikan masalah klien .Justeru itu perlu wujud kerjasama erat antara kedua-duanya dan ini dapat digambarkan dnegan soalan yang dikemukakan.



.

2 comments:

noor said...

aslmkn, saya pelajar maktab.terima kasih atas maklumat yang en sediakan dalam blog ni. saya meminta izin untuk menyalin maksud soalan tertutp dan soalan terbuka untuk dimasukkan di dalam asgment saya.terima kasih

Ros Lan said...

Dipersilakan...moga berjaya menjadi guru yang berdedikasi.