Saturday, April 4, 2009

BAB 5


BERTINGKAH LAKU:
ASAS UNTUK BERKOMUNIKASI
SKIL PEMERHATIAN
OBSERVATION SKILL




Pemerhatian Dalam Kaunseling

Seseorang Kaunselor perlu menggunakan beberapa jenis skil ketika sesi kaunseling dijalankan. Tujuannya adalah untuk mempermudahkan kaunselor agar dapat memahami dan merasai apa yang klien rasai ,Kaunselor juga dapat melihat tingkahlaku klien ,meneroka pemikiran dan perasaan klien. Antara skil yang boleh digunakan bagi tujuan tersebut adalah pemerhatian.

Pemerhatian boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pemerhatian secara verbal dan pemerhatian secara nonverbal. Pemerhatian ini pada kebiasannya memberi fokus kepada 3 perkara iaitu tingkah laku nonverbal, tingkahlaku verbal dan perselisihan dan konflik.

Tingkahlaku nonverbal bermaksud segala tingkah laku yang berasaskan kepada pergerakan badan termasuklah konteks mata , gaya bahasa badan dan kualiti. Kesemua komponen tersebut adalah penting kerana ia akan menimbulkan perasaan selesa di antara kaunselor dan klien.Tingkah laku nonverbal dapat juga dilihat melalui memek muka, gaya duduk dan seumpamanya.Ia amat berguna kerana dapat membantu kaunselor untuk lebih memahami klien dan seterusnya membantu klien yang mengalami masalah.

Tingkahlaku verbal banyak berkaitan dengan penggunaan bahasa.Komunikasi verbal ini begitu penting kerana melaluinya kaunselor dapat memahami kehendak klien. Jika wujud perkara yang negatif daripada klien,seseorang kaunselor boleh menggunakan kepakarannya untuk mengubah tingkah laku verbal negatif kepada tingkah laku verbal yang positif.

Perselisihan dan konflik akan wujud dalam sesi kerana sifat mempertahankan diri klien terhadap apa yang diajukan oleh kaunselor.Perkara sebegini akan mewujudkan ketidakselesaan, maksud yang berbeza, pertelingkahan pendapat dan konflik .Jika ini terjadi dalam proses melayan ia akan mengganggu sesi berkenaan.Oleh itu, Kaunselor akan cuba mengenal pasti konflik tersebut dan membawa hala tuju kaunseling ke arah celik akal agar klien dapat memahami permasalahan tersebut dari sudut yang lebih positif.

Dalam mengendalikan sesi,seseorang kaunselor itu perlu mengetahui dan menyedari jenis klien yang datang dan bersesi dengannya.Jika didapati klien tersebut datang dari masyarakat dan latar budaya yang berbeza ia harus berhati-hati kerana perbezaan budaya antara kaunselor dan klien boleh menimbulkan pemahaman dan maksud yang berbeza dari segi penggunaan perkataan tertentu.Ini kerana perbezaan budaya akan memberikan tafsiran yang berbeza dari segi makna sesuatu ungkapan.

Beberapa alternatif diperlukan agar sesi yang dijalankan tidak kaku dan hambar.Penggunaan sense of humor, kerelaan, berkongsi cerita, bercakap tentang isu biasa seperti cuaca dan sukan sebelum penerokan seterusnya sebenarnya memang sangat membantu kaunselor.Unsur-unsur tersebut sebenarnya akan memudahkan lagi kaunselor dalam membina hubungan yang rapat dengan kliennya.

Kaunselor yang berhadapan dengan kanak-kanak boleh menggunakan cara bermain untuk mendekati kanak-kanak.Akiviti seperti bermain anak patung,melukis dan berbual-bual di taman permainan amat bersesuaian dengan jiwa kanak-kanak.Perkara sedemikian akan menimbulkan rasa selesa dan mesra di kalangan kanak-kanak .

Terdapat beberapa cara bersesuaian yang boleh digunakan ketika sesi kaunseling dijalankan.Kaunselor perlu mempelajari beberapa skil agar sesi yang dijalankan lebih baik dan bermanfaat kepada klien. Skil pemerhatian memerlukan seseorang kaunselor memerhati diri sendiri dan klien dalam sesi. Antaranya perkara yang perlu diberi perhatian ialah ialah tingkahlaku nonverbal,ekspresi muka dan bahasa badan.

Semasa bersesi, pada kebiasannya klien akan menggunakan kontaks mata, pergerakan badan dan menukarkan kualiti vokal mereka apabila mereka bercakap tentang topik yang diutarakan.Melalui tanda-tanda yang ditunjukkan kaunselor akan melakukan pemerhatian dengan membuat penafsiran berkenaan masalah yang diutarakan oleh klien.Kaunselor juga dapat mengenal pasti tentang kebenaran ,keraguan,dan segala perkara yang menunjukkan kekonggruenan atau tidak melalui pemerhatian.Kaunselor juga perlu memerhati pergerakan tangan, mata atau kedudukan mereka jika mereka tidak selesa berbincang tentang hal tertentu.

Ekspresi muka merupakan antara perkara terpenting yang perlu diperhatikan. Beberapa perkara yang boleh diperhatikan adalah kening, bibir, senyum, warna muka dan sebagainya.Pada kebiasannya klien dapat menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan kaunselor tetapi ekspresi muka tidak dapat melindungi klien daripada pengetahuan kaunselor.Kaunselor boleh bertanya kembali klien jika wujudnya ketidakkongruenan yang wujud pada diri klien.Tujuannya adalah untuk mengenalpasti perkara sebenar yang disembunyikan klien.

Bahasa badan dapat diperhatikan jika klien menceritakan sesuatu yang disukainya. Klien akan menzahirkan perasaan suka dan senang hati melalui pergerakan badan seperti tangan, kaki dan seumpamanya dan begitu juga jika mereka merasa kecewa dengan satu peristiwa, mereka akan menunjukkannya melalui bahasa badan juga.

Kaunselor perlu peka pada kewujudan budaya,terutama sekali budaya yang bertentangan dengan kaunselor. Masyarakat yang mempunyai multi budaya mempunyai maksud yang berlainan dalam sesetengah perkara. Contohnya orang Rusia akan menggeleng kepala dari sisi ke sisi untuk mengiakan sesuatu manakala majoriti masyarakat akan mengangguk kepala sebagai tanda setuju.

Terdapat empat konsep asas dalam multi budaya.Ia boleh digunakan untuk menganalisa iaitu pemilihan perhatian, kata kunci, konkrit lawan abstrak dan kenyataan saya dan kenyataan mereka. Pemilihan pemerhatian adalah kaedah atau teori yang akan digunakan kaunselor untuk membantu klien. Pengalaman dan teori yang dipilih merupakan faktor penolong untuk kaunselor membantu klien.

Kata kunci adalah perkataan asas atau perkataan yang sering dan kerap kali digunakan oleh klien ketika sesi kaunseling sedang berlangsung.Tugas seorang kaunselor ialah mengenal pasti dan cuba menangkap perkataan tersebut.Ini kerana perkataan yang sering digunakan boleh dianggap sebagai perkara yang menjadi persoalan utama sesi. Oleh itu, kaunselor boleh menggunakan kembali kata kunci ini untuk menolong dan lebih memahami perasaan dan fakta dari klien.

Konkrit lawan abstrak dilihat dari segi komunikasi klien dengan kaunselor. Klien yang bercakap secara konkrit akan menerangkan masalah mereka secara spesifik dan memberi contoh yang berkaitan. Klien yang abstrak pula akan menjelaskan konflik secara tersirat.Ia mempunyai kekuatan dalam analisis kendiri dan sentiasa terbuka dan memberi refleksi tentang isu yang dihadapi.

Kesimpulan
Terdapat perselisihan, ketidakselesaan dan konflik yang dihadapi oleh klien dalam tingkahlaku dalam kehidupan mereka. Antara perselisihan yang terjadi ialah perselisihan dalaman klien dalam tingkahlaku nonverbal, perselisihan dalam kenyataan verbal, perselisihan antara apa yang diucapkan dan apa yang dilakukan dan perselisihan antara kenyataan dan tingkahlaku nonverbal.

Perselisihan antara klien dan dunia luar iaitu perselisihan antara orang sekeliling dan perselisihan antara klien dan situasi yang wujud dalam persekitaran mereka. Selain itu terdapat juga perselisihan antara klien dan kaunselor juga wujud. Kesemua erselisihan ini akan memberi kesan kepada klien dan menjadi tugas kaunselor membantu mereka menghilangkan konflik yang dihadapi.

No comments: