Saturday, April 4, 2009

Observing and Reflecting Feelings: A Foundation of Client Experience
( Pemerhatian dan Reflek Perasaan Dari Pengalaman Klien)

Bahasa Perasaan

Semasa menjalankan sesi kaunseling klien akan memberikan gambaran perasaan sama ada melalui tingkahlaku verbal atau nonverbal.Di dalam hal ini tugas utama kaunselor ialah berusaha untuk mencungkil dan mengamati perasaan klien tersebut.

Pada hakikatnya terdapat empat jenis perasaan yang perlu ditumpukan oleh kaunselor semsas sesi sedang berjalan.Perasaan tersebut ialah sedih,marah,kecewa dan takut.Kesemua ekspresi tesebut pada kebiasannya ditunjukkan semasa sesi sedang berlangsung sama ada secara lisan atau tidak. tidak.Untuk mendapatkan maklumat yang tepat berhubung gambaran penceritaan klien maka kaunselor perlu membongkar segala jenis perasaan yang wujud untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang sesuatu cerita tersebut Perasaan tersebut perlu diteroka terlebih dahulu agar sesi yang seterusnya dapat berjalan dengan mudah kerana selagi perasaan terbsuyt tdak diselesaikan maka ia akan mewujudkan perasaan tidak selesa dalam diri klien yang seterusnya akan menganggu gugat proses kaunseling. Galakan, parafrasa, rumusan dan soalan boleh digunakan untuk membantu klien mengeksperesi perasaan.

Dalam mengklafikasikan perasaan klien terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan dan diantara perkara tersebut ialah emosi itu mestilah datang dari klien itu sendiri.Ini bermakna emosi yang terbit itu mestilah asli dan bukannya emosi yang dipengaruhi oleh kaunselor atau yang diajar oleh kaunselor sendiri ataupun terdapat pengaruh luaran seperti klien menceritakan tentang perasaan yang dialami oleh rakan nya yang kematian ibu .

Perkara kedua ialah emosi ditunjukkan secara implisit dan bukannya dari kenyataan klien .Ini menunjukkan bahawa kaunselor perlu mengenalpasti bahawa bahawa emosi yang ditunjukkan oleh klien adalah emosi sebenar dan bukannya emosi yang wujud dari luaran sahaja iaitu sekadar bergantung kepada kenyataan klien semata-mata.Ini amat penting agar maksud emosi yang diterima tidak akan disalaheertikan oleh kaunselor kerana jika wujud perkara sedemikian maka ia akan menganggu sesuatu proses kaunseling yang seddag berlangsung.

Perkara ketiga pula ialah emosi itu ditunjukkan secara nonverbal dan dapat diperhatikan daripada pergerakan badan klien.Emosi yang lahir itu mestilah daripada tingkah laku nonverbal serta dapat diperhatikan daripada pegerakan badan klien.Pergerakan secara nonverbal perlu dibeeri perhatian kerana ia jarang menipu akan tingkahlaku dan emosi yang dikeluarkan.Kadar persamaan antara emosi dan pergerakan badan amat tinggi dan boleh dipercayai akan keesahannya.Justeru itu,memberikan perhatian terhadap pergerakan nonverbal merupakan perkara terbaik yang boleh dilakukan.

Perkara keempat pula ialah emosi yang ditunjukkan mungkin bercampur di antara verbal dan nonverbal, ini mungkin kerana klien mempunyai kepelbagaian tekanan. Pada kebiasannya,kepelbagaian tekanan memang wujud terhadap manusia .Justeru itu kaunselor harus memberikan perhatian tentang manakah satukah perkara terpenting yang perlu diperbincangkan.

Kaunselor harus sentiasa peka dan tahu bagaimana untuk mereflekkan perasaan klien pada ketika dan saat yang sesuai .Ini penting kerana mereflek perasaan adalah asas untuk menolong klien bagi meneutralkan kembali perasaan klien agar ia dapat menyesuaikan dengan keadaan sosial dan peristiwa yang berlaku.

Kaunselor perlu sentiasa peka dan memerhati perasaan klien sama ada secara verbal atau nonverbal. Kaunselor akan dapat mengetahui perasaan klien secara verbal melalui ucapan yang diujarkan kerana melalui perkataan adalah gambaran perasaan klien. Untuk menyelami perasaan klien,maka soalan terbuka harus digunakan.Soalan terbuka ini membolehkan seseorang kaunselor untuk menyelami perasaan klein dengan sebaik mungkin.Dan dengan solan terbuka juga ia akan memudahkan kaunselor utuk memberikan label terhadapmpersoalan yang dikemukakan oleh klien.Selain itu, bentuk soalan terbuka juga boleh digunakan untuk kaunselor lebih mendalami emosi klien, ia juga memudahkan kaunselor untuk melabelkan perasaan.

Refleksi perasaan merupakan respon secara verbal serts sering digunakan dalam pelbagai cara seperti ’Sentence stem’ .Melalui cara ini seseorang kaunselor akan mempraktikkan ’sentence stem’ ini dalam pelbagai cara semasa permulaan sesi dan di antara cara yang digunakan ialah dengan menggunakan nama klien dan menjelaskan bahawa akan membantunya dengan cara yang lembut.

’Feeling label’ membolehkan kaunselor melabelkan sama ada klien berada dalam nada sedih dan gembira.Ini penting bagi kaunselor kerana dengan mengetahui perasaan klien maka ia boleh merangcang sesi mengikut perasaan klien.

’Context or brief parapharasa’ akan meluaskan cara untuk seseorang kaunselor mereflekkan perasaan klien dan antaranya ialah kaunselor boleh menggunakan persoalan bila, kenapa dan bagaimana semasa sesi sedang berlangsung.

’Tense’ bermaksud kaunselor perlau membuat refleksi secara spontan, ia merupakan perkara terepnting kerana dengan membuat refleksi secara serta merta klien akan merasai bahawa kaunselor sentiasa mengikuti perbincangan tersebut.

’Check out’ boleh digunakan untuk memastikan bahawa apa yang diperkatakan oleh klien sama adalah sama dengan apa yang difikirkan oleh kaunselor.

Seorang kaunselor harus mempunyai emosi yang positif ketika cuba mereflek perasaan klien yang wujud semasa sesi sedang berlangsung.Ini penting kepadanya untuk membantu kliennya mencari kekuatan serta dapat menggunakan kelemahan pada diri klien menjadi kekuatan yang dapat dipergunakan.Setelah dibantu klien seharusnya dapat mengubah pandangan negatif terhadap sesuatu perkara menjadi lebih positif.Kaunselor harus beringat bahawa jangan sama sekali mennganggap semuanya adalah ’Okay’ dalam proses membantu klien menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi.

Developmental counseling and therapy (DCT) merupakan asas kepada kaunselor untuk membantunya menyusun pengalaman klien secara teratur dan berstruktur. Terdapat 4 cara untuk mendalami pengalaman emosi klien iaitu ’Sensorimotor emotional style’ yang bermaksud setiap klien mempunyai emosi yang pelbagai dan pengzahiran emosi tersebut adalah dalam bentuk tingkahlaku. Jika klien berada dalam keadaan ini seorang kaunselor perlu mengambil peranan untuk mempositifkan klien melalui ’reexperience issues’ atau membiarkan klien merasai pengalaman semula dengan memberi galakan pada pengalaman sensorimotor dan seupamanya.

Concrete emotional style pula menyatakan bahawa kehadiran klien yang datang kepada kaunselor mempunyai pelbagai konflik dan adalah menjadi tugas kaunselor untuk meneroka emosi klien serta bersama-sama menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Abstract formal–operational emotional style menyatakan bahawa klien yang datang kepada kaunselor mempunyai kecelaruan. Oleh itu menjadi tugas kaunselor untuk membuat refleksi bagi membantu klien memahami diri dan emosi mereka.

Abstract dialectic/systemic emotional style pula menyatakan bahawa kaunselor perlu menggunakan segala pertimbangan yang sismetik di mana kaunselor melihat dari segi teoritikal dan emosi kemudian menganalisanya dengan berpandukan kepada pengalaman klien.

Kesimpulan


Refleksi perasaan merupakan asas yang penting dalam proses kaunseling. Ini akan menolong kaunselor untuk memahami perasaan klien dan memandang masalah klien secara empati dan membantu mereka mencari sesuatu yang positif untuk menghapuskan konflik yang dihadapi.

DCT adalah alat yang membantu dan memudahkan seseorang kaunselor , untuk meneroka pengalaman emosi klien dan memudahkan kaunselor merasai perasaan empati yang seterusnya membawa kaunselor lebih memahami perasaan klien.

No comments: