Saturday, April 4, 2009

Bab 8

Integrating Listening Skills: How to Conduct a Well-Formed Interview
(Penyatuan Skil Mendengar: Bagaimana Mengendalikan Sesi Kaunseling Dengan Baik Dan Berkesan)

Peluang yang penting wujud pada diri klien apabila ada seseorang yang sudi mendengar dengan baik masalah yang dinyatakan oleh klien atau dengan kata lain kaunselor sentiasa bersedia menjadi pendengar yag baik.Hal yang sedemikian merupakan suatu peluang yang amat penting kepada klien.Jusetru itu untuk menjadi pendengar yang baik adalah dengan menggunakan kemahiran mendengar. Antaranya Ivey Taxonomy (IT) yang merupakan Basic Listening Sequence (BLS).

‘Ivey Taxonomy’ merupakan perbualan yang berlaku antara klien dan kaunselor dan di dalam sesi tersebut kaunselor dapat mengenal pasti dan dapat membuat jangkaan akan teknik-teknik dan strategi yang bakal digunakan bagi membantu klien untuk menyelesaikan masalahnya. Antara komponen yang terdapat dalam hirerki Ivey Taxonomy adalah komptensi bangsa dan budaya yang pelbagai , tingkahlaku, BLS, soalan terbuka dan tertutup, pemerhatian klien, galakan, parafrasa, rumusan, tindak balas perasaan, lima asas proses melayan, Intepretasi, akibat yang logik, self disclosure, maklum balas, nasihat, berterus terang, integrasi skill dan mengenali cara individu dan penggunaan teori yang bersesuaian dengan masalah.

Semasa menjalankan sesi , perkara yang terpenting yang perlu ada pada seseorang kaunselor ialah perasaan empati.Empati berrmaksud kaunselor meletakkan diri mereka berada dalam dunia klien.Di dalam hal ini kaunselor dapat merasai kesakitan dan kesengsaraan yang dialami oleh klien.Dengan demikian,kaunselor dapat membantu klien untuk menyelesaikan masalahnya dengan mudah setelah ia dapat mendalami klien dengan sebaiknya.

Terdapat 3 jenis empati yang perlu difahami oleh kaunsoler jika ia ingin mnejdai seorang kaunselor yang efektif iaitu ’Basic empathy’ia bermakna seseorang kaunselor perlu mengulangi semula apa yang telah diperkatakan oleh klien.Ini penting untuk kaunselor mendapatkan pengesahan tentang apa yang sedang diperbincangkan. ’Addtive empathy’ pula bermaksud kaunselor perlu memberi respon dengan menokok menambah perkara yang sedang diperbincangkan dan dari apa yang diujarkan oleh klien dan yang terakhir ialah ’Subtractive empathy’. ’Subtractive empathy’ pula berkehendakkan kaunselor memberi respon dengan membuat andaian dan seumpamananya.

Membuat pemilihan aspek positif dari pengalaman yang dilalui klien melalui penceritaan klien dinamakan ‘Positive Regard’.Ia berguna agar klien membantu klien untuk merasai bahawa mereka sebenarnya mempunyai kekuatan untuk meneruskan penghidupan.

.Seorang kaunsleor perlu menunujukkkan rasa hormat kepada klien.Rasa hormat ini terlalu penting agar klien merasa selesa ketika berhadapan dengan kaunsleor aptah lagi untuk menyuarakan masalah dengan kaunselor.rasa hormat boleh ditunjukkan dengan cara duduk,senyuman dan kualtiti suara.

Penegasan merupakan asas yang penting untuk menunjukkan bahawa kaunselor serius dalam mengadakan sesi di samping untuk menunjukkan pengkhususan terhadap sesuatu isu agar ia tidak menyimpang ke arah yang lain.Penegasan juga akan menjadikan sesi yang dijalanhkan lebih real dan bersahaja.

Secara langsung (immediacy bermaksud merupakan pengalaman atau peristiwa yang berlaku ketika sesi kaunseling berjalan. Kaunselor boleh menanggap sikap dan bagaimanakah perasaan klien ketika sesi sedang berlangsung.

Bersikap untuk tidak membuat penilaian awal terhadap klien (nonjudgemental attitude) merupakan kesukaran yang amat susah utnuk dibuang. Justeru itu,untuk mengurangkan sikap ini kaunselor perlu melihat klien secara positif dan peunh rasa hormat. Sebagai usaha untuk mengurangkan perasaan tersebut disarankan agar kaunselor melihat dan menilai klien berdasarkan sudut pandangan budaya klien..

Ketulenan dan kongruence (aunthencity and congruence) bermaksud keselarasan dan maklumat yang disampaikan adalah benar-benar sahih.Kaunselor boleh menggunakan konfrantasi untuk mengujimkesahihan dan kekonggruenan cerita yang diutarakan oleh klien. Kaunselor perlu membawa klien dengan dunia persekitaran yang realiti dengan mereka dan memandangnya positif.

Terdapat 5 tahap yang perlu dilalui untuk menjalankan sesi kaunseling yang baik iaitu tahap pertama dikenali sebagai sesi permulaan.Semasa sesi permulaan ini berlangsung kaunselor seharusnya berusaha untuk membina hubungan yang baik dan rapat(rapport).Semasa pembinaan rapport kaunselor akan mengenalpasti adakah lien berada dalam situasi yang benar-benar selesa untuk memulakan sesi dan kiranya klien didapati telah benar-benar bersedai maka kaunselor memaklumkan kepada klien tentang struktur sesi kaunseling yang akan dijalankan.

Tahap kedua pula ialah tahap Pengumpulan data.Pengumpulan data yang dimaksudkan ialah kaunselor mengumoul data melalui penceritaan ole klien.Kaunselor juga perlu mengunakan soalan tertutup da soalan terbuka untuk mendapatkan cerita sebenar dari klien.Mencari unsur-unsur positif dan kekuatan klien, ianya penting kerana kaunselor akan membantu klien dengan mengenal pasti kekuatan mereka.Pertimbangan budaya juga perlu diambil kira kerana masyarakat yang berbeza mempunyai tindakan dan pandangan berbeza.

Penetapan sasaran..Setelah persetujuan antara klien dan kaunselor tercapai,maka kaunslelor boleh bertanya tentang harapannya setelah sesi tamat nanti.. Setelah itu, kaunselor perlu menggunakan BLS ketika sesi berjalan.

Tahap Perlaksanaan bermaksud Ketika sesi sedang berjalan kaunselor perlu meneroka, berkonfrantasi tentang keraguan yang timbul , konflik dan menyimpan maklumat. Melalui proses ini segala konflik yang dihadapi cuba dirungkai bersama di antara klien dan kaunselor.

Tahap Penamatan merupakan tahap terakhir dalam sesi.Pada tahap ini kaunselor juga perlu membuat penamatan dengan menyatakan bahawa klien akan dapat berubah dari segi emosi dan tingkah laku dan menjalani kehidupan yang lebih baik.

Kesimpulan
Penyatuan skil mendengar dan bagaimana mengendalikan sesi dengan berkesan.Di dalam tajuk ini kita didedahkan dengan teknik-teknik bagaiman untuk menyatukan pelbagai skil kemahiran mendengar dan bagaimana untuk menggunakannya secara lebih efektif dan berkesan.Di dalam topik ini juga diterangkan juga tentang langkah-langkah berkesan sebagai panduan untuk kaunselor menjalankan sesi denga

No comments: