Saturday, April 4, 2009

BAB 10
Focusing the Interview: Exploring the Story From Multiple Perspective : (Tumpuan Dalam Melayan: Penerokaan Dari Perspektif yang Pelbagai)


Kepelbagaian Perspektif Tentang Klien

Mendengar kisah yang diceritakan oleh klien dan mengenal pasti pemikiran, perasaan dan tingkahlaku klien merupakan perkara utama di dalam sesi kaunseling .Oleh itu, skil melayan perlu digunakan untuk menunjukkan kepada klien bahawa apa yang sedang diperbincangkan adalah penting serta ia juga dapat menunjukkan perkara yang penting yang semestinya diberi perhatian dan tumpuan semasa bersesi.

Kaunsleor perlu sentiasa ingat bahawa sebagai manusia ,klien merupakan individu yang unik. Oleh itu, adalah sangat perlu bagi kaunselor untuk memahami konteks sosial klien. Jika kaunselor mengenali kehidupan sosial klien, ia akan lebih memudah kaunsleor untuk memahami dan menolong klien.Di dalam perkara ini terdapat beberapa perkara yang perlu difokuskan dalam proses melayan dan antaranya ialah Fokus individu.Perkara begini sangat ditikberatkan kepada kaunselor ketika hendak memulakan sesi kerana dengan memberikan fokus terhadap klien seperti menggunakan nama panggilan yang biasa bagi klien ia dapat membantu kaunselor agar lebih memberi fokus kepada klien.

Keduanya ialah persoalan utama atau masalah utama.Dalam hal ini kaunselor perlu mendengar isu-isu yang dinyatakan sebaik mungkin.Kaunselor perlu mengenal pasti masalah klien dan jenis permaslahan yang dinyatakan

Fokus lain iaitu selain darpada konflik yang dihadapi klien juga akan melibatkan kawan-kawan, ahli keluarga , individu yang berkaitan serta persekitaran dengan mereka. Kaunselor perlu mengenal pasti fokus yang dinyatakan dan melihat kesesuaiannya dengan konflik klien.
Fokus terhadap keluarga juga perlu diberi perhatian:In kerana dengan memberi tumpuan terhadap fokus keluarga bermakna kaunseloir akan melihat latar belakang klien . Kaunselor boleh membina genogram keluarga klien dan melihat konflik yang dihadapi berdasarkan kepada genogram tersebut.

Fokus terhadap perkara yang berkaitan.Kaunselor perlu berhati-hatidalam memberi fokus terhadap perkara yang berkaitan kerana mungkin akan menimbulkan kontroversi.Namun dengan menggunakan kebijaksanaan seseorang kaunselor ia boleh memberikan keputusan yang segera dan penggunaannya tidak digalakkan .

Fokus kaunselor.Dalam hal ini kaunselor perlu memberi tindak balas, pandangan atau nasihat dari perspektif kaunselor. Ia juga perlu digunakan secara sekali-sekala bagi mengelakkan timbulnya konflik dengan klien.

Fokus budaya / persekitaran / konteks. Kaunselor dan klien perlu secara bersama-sama untuk membina genogram yang berkaitan dengan keluarga dan komuniti klien. Dari genogram tersebut, kaunselor dapat mengetahui akan peranan dan bagaimana klien membesar dalam masyarakatnya.

Kebanyakan fokus budaya, persekitaran dan konteks berdasarkan kepada beberapa perkara antaranya isu-isu keagamaan dan moral, undang-undang, hak kewanitaan, ekonomi, kesihatan, pendidikan dan kerjaya serta etnik dan budaya. Salah satu isu di atas kemungkinan amat penting kepada klien. Oleh itu kaunselor perlu meneroka dan bersama-sama mencari penyelesaiannya.

Sokongan dan tindakan sosial terhadap klien mungkin diperlukan apabila kaunselor mengetahui tentang isu-isu yang dikemukakan .Kemungkinan isu yang dialami oleh klien tidak dapat diselesaikan secara bersendirian tambahan pula kaunselor tidak berada di sisi klien sepenuhnya.Justeru itu, proses kaunseling perlu melihatnya dari sudut sokongan sosial yang dipunyai oleh klien.

Genogram keluarga dan Komuniti

Kebiasaannya klien datang dan memaklumkan bahawa mereka keseorangan dalam menyelsaikan masalah. Untuk menolong kaunselor lebih memahami klien, mereka memerlukan genogram keluarga dan komuniti klien.

Setiap individu membesar dalam keluarga dan budaya. Ianya bertujuan untuk memudahkan kaunselor untuk memahami klien dan menolong klien membina genogram berkaitan dengan keluarga dan komuniti. Genogram akan memahami sejarah keluarga klien dan mengetahui kenapa klien bersikap demikian.

Genogram komuniti merupakan suatu lakaran yang boleh digunakan untuk membantu klien mengeali kekuaytan yang ada padanya berdasarkan kepada budaya dan masyarakat. Jika kaunselor memahami budaya klien mereka akan lebih peka dengan sentiviti masyarakat tersebut.

Terdapat langkah yang khusus untuk membina genogram komuniti iaitu:

1. Menggambarkan dengan jelas budaya dan komuniti klien.
2. Meletakkan diri kaunselor dan klien dalm komuniti tersebut. Gunakan beberapa jenis simbol yang sesuai dalam genogram.
3. Melakarkan keluarga klien dengan simbol yang sesuai.
4. Meletakkan perkara penting yang boleh mempengaruhi komuniti.
5. Gabungkan klien dengan keluarga dan komuniti yang dilakarkan.

Kaunselor dan klien akan mencari kekuatan dalam imej dan cerita. Antara perkara yang perlu diambil kira ketika mencari kekuatan klien adalah memberikan fokus kepada satu komuniti atau keluarga. Dengan ini kaunselor dan klien dapat mencari perkara yang positif yang terdapat pada diri klien serta masyarakat yang melingkunginya.
Pengalaman yang positif berkaitan dengan suara, pendengaran atau kinestatik juga perlu diambil kira. Memberitahu cerita yang mengandungi kekuatan pada diri klien. Ketika ini kaunselor perlu menjadi pendengar yang baik kerana dengan mendengar kekuatan klien kaunselor dapat membantu klien untuk menyelesaikan maslah yang dihadapi.Selain itu juga kaunselor perlu mencari sekurang-kurangnya dua imej yang positif dari kumpulan yang berbeza dalam komuniti.Ini penting untuk membantu klien melihat perkara positif yang terdapat dalam komuniti agar klien tidak hanya melihat keburukan dalam sesuatu kumpulan dan yang terakhir ialah membuat rumusan tentang imej yang positif dari kaunselor dan refleksi dari klien itu sendiri.

Sememangnya genogram banyak membantu kaunselor untuk memahami klien dengan lebih baik, namun tidak semua klien memerlukan kepada genogram. Perkara utamanya ialah menyakinkan klien untuk insaf dan melakukan perkara baru yang lebih positif.

Kesimpulan

Tumpuan dalam melayan yang dijalankan oleh seseorang kaunselor terhadap klien memang diperlukan kerana dengan tumpuan terhadap melayan kaunselor akan lebih fokus terhadap perkara yang sedang diperbincangkan.Agar sesi lebih berkesan kaunselor perlu membuat penerokaan dari perspektif yang pelbagai dengan tujuan untuk mengetahui permasalahan dari sudut yang lebih luas.

No comments: