Saturday, April 4, 2009

Bab 9

The Skills of Confrontation: Supporting While Challenging
( Skill Konfrantasi: Sokongan Sambil Mencabar )


Klien yang berjumpa dengan kaunselor merupakan mereka yang stuck iaitu tidak mampu untuk menyesuaikan diri serta tidak mampu untuk menyelesaikan masalah sendiri kerana berada dalam tekanan dalam keadaan ketidaksesuaian dan keselesaan.

Klien akan datang untuk bertemu kaunselor kerana ia mempunyai konflik .Tidak kiralah sama ada konflik dalaman atau konflik luaran. Konflik dalaman bermaksud klien mengalami ketidaksesuaian dan pada kebiasaannya ia adalah sesuatu yang berkaitan dengan dengan fikiran dan perasaan.Justeru itu mereka akan mudah merasa sukar untuk membuat keputusan, berasa keliru, sedih dan seumpamanya. Konflik luaran sesuatu permasalahan yang melibatkan perhubungan antara klien dan orang lain seperti kawan, keluarga dan lain-lain.

Untuk menyelesaikan konflik dan ketidaksesuaian klien, kaunselor dibolehkan malahan digalakkan untuk menggunakan konfrantasi. Konfrantasi bukan bermakna arahan atau cabaran yang kasar kerana ia boleh dilakukan secara lembut dan dengan penuh berhemah. Untuk melakukan konfrantasi, seseorang kaunselor perlu mendengar dan menghormati klien serta melihat situasi klien serta dapat menyesuaikannya dirinya dengan klien. Konfrantasi mempunyai tiga 3 langkah penting iaitu yang pertama ialah kaunselor perlu terlebih dahulu mengenal pasti konflik melalui pelbagai maklumat, perselisihan dan ketidakselesaan berdasarkan kepada pemerhatian kaunselor.Adalah menjadi tanggungjawab kaunselor untuk memerhati ketidakselesaan yang wujud serta melakukan konfrantasi yang efektif.

Terdapat perselisihan maksud antara dalaman dan luaran klien iaitu perselisihan dalaman klien termasuk kepelbagaian maklumat dalam bentuk tingkahlaku nonverbal dan ketidakselesaan dalam bentuk kenyataan. Perselisihan kemungkinan berlaku dalam bentuk antara kenyataan dan tingkahlaku.

Manakala perselisihan luaran pula boleh berlaku dalam bentuk perselisihan di antara klien dan dunia luar iaitu konflik antara orang lain dan suasana dengan klien.Di dalam hal yang sebegini kaunselor perlu memberikan penumpuan terhadap perselisihan yang berlaku antara klien dengan dunia luarnya.Ini bermakna fokus hanya tertumpu terhadap klien dan dan dunia luarannya yang tidak melibatkan kaunselor sendiri.

Seterusnya ialah perselisihan yang melibatkan kaunselor dengan klien.Hal yang sedemikian akan menjadi suatu situasi yang lebih mencabar. Situasi seperti ini seboleh-bolehnya perlu dihindarkan. Untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku maka seseorang Kaunselor itu perlu memahami akan tujuan kedatangan klien dan apa pengharapan klien terhadap pertemuannya di dalam sesi tersebut.Seperkara yang perlu difikirkan ialah kaunselor perlu menumpukan perkara pokok dalam sesi tersebut iaitu ia perlu mengingatkan dirinya bahawa ia perlu menjadi pendengar yang baik terhadap masalah klien.

Namun perlu diingat, sekiranya wujud situasi di mana terdapat penentangan yang tidk boleh dielakkan maka kaunselor tidak perlu takut.Kaunselor tidak perlu menganggapnya sebagai ketidakselesaan tetapi perlu menagangapnya sebagai suatu kelebihan yang perlu dipergunakan dengan sebaik mungkin untuk membantu klien menyelesikan masalahnya.

Tugas kaunselor yang seterusnya ialah mengeluarkan dan memaparkan isu-isu secara jelas kepada klien serta dapat membantu klien mencari resolusi yeng terbaik bagi penyelesaian konflik klien serta untuk mewujudkan celik akal pada diri klien.Antara teknik yang digunakan dalam konfrantasi ialah penyoalan, pemerhatian, refleksi pendengaran, dan tindak balas.

Secara asasnya Konfrantasi digunakan untuk menyalahkan klien dengan kesalahan yang telah mereka lakukan dengan tujuan menimbulkan ketidakselesaan tehadap diri klien.Justeru itu, Ketidakselesaan yang wujud boleh boleh dilihat dengan cara tertentu iaitu dengan cara mengenal pasti ketidakselesaan atau konflik dengan betul dengan menggunakan kemahiran mendengar, membuat rumusan dan refleksi.Kedua ialah dengan menggunakan penyoalan dan kemahiran lain untuk mendapatkan mengenal pasti konflik atau pelbagai masalah. Ketiga,Membuat rumusan tentang keraguan klien dan setelah dikenal pasti keraguan, kaunselor boleh menggunakannya untuk konfrantasi.Kempat ialah berusaha untuk mencari aset positif klien seperti kekuatan mereka akan menolong klien untuk berubah dan membangun. Konfrantasi yang efektif boleh membantu membina kembali kekuatan klien yang baru dan yang terakhir ialah memberi pendapat adalah pelengkap kepada maklum balas kaunselor kepada klien tentang tekanan yang mereka hadapi. Kaunselor boleh memasuki skill secara direktif, tindak balas yang logik dan sebagainya.

Kaunselor juga kadang-kadag didatangi oleh klien dari budaya yang berbeza dengan budayanya.Di dalam hal ini ia perlu mengambil kira faktor budaya klien agar lebih berhati-hati dalam menjalankan sesi kerana sensitiviti antara budaya amat perlu dijaga agar tidak wujud ketidakselesaan yang terlalu besar sehingga boleh menghalang sesi yang sedang berlangsung. Konfrantasi untuk klien seperti ini memerlukan kaunsleor yang lebih sensitif, berakhlak dan mengambil tahu terutama perkara yang berkaitan dengan budaya klien.

Terdapat beberapa cara untuk menolong kaunselor membantu klien yang datang dari pelbagai budaya iaitu dengan memberi sokongan serta kaunselor perlu memikirkan konfrantasi yang lebih bersifat empati. Selain itu kesenyapan juga merupakan salah satu konfrantasi di mana kaunselor mendengar konflik klien sama ada berbentuk dalaman atau luaran dan mendorong klien untuk mengutarakan pendapat mereka.

Penghuraian dan penyoalan boleh digunakan dalam konfrantasi. Ia lebih kepada bentuk cabaran serta merta kepada klien. Cabaran secara terus juga boleh diguna pakai kerana ia merupakan perkongsian di antara pemikiran kaunselor dan klien.

Penafsiran adalah sesuatu yang efektif untuk kaunselor membantu klien agar klien boleh dan mampu berubah serta berkembang dengan baik. Proses konfrantasi yang digunakan dapat memperlihatkan bagaimana klien berfikir dan bertindak. Antara perkara yang boleh dilakukan ialah menentukan di mana klien perlu berubah semasa sesi kaunseling dijalankan dan bagaimana kaunselor boleh campur tangan dan memberi tindak balas untuk menolong klien berfikir dan tindakan apakah yang perlu diambil pada peringkat seterusnya.

Penggunaan konfrantasi juga boleh dilakukan untuk klien yang menghadapi penyakit berbahaya yang boleh membawa maut. Klien begini pada kebiasaannya dapat menerima pada permulaannya dan kemudian konfrantasi akan menyebabkan mereka marah dan sebagainya. Terdapat 5 tahap yang boleh menolong mereka menghilang kedukaan yang dialami iaitu melakukan penafian, menerima secara realiti, menerima dan menguruskannya, mencari penyelesaian dan melakukan benda-benda yang baru.

Kaunselor juga mempunyai 5 cara untuk menghadapi klien yang mempunyai penyakit kronik yang boleh membawa kematian iaitu ia perlu melihat kehidupan klien dari pelbagai sudut, memecahkan penafian yang dibuat oleh klien menggunakan konfrantasi, membantu klien menerima dan mengakui realiti tetang penyakit yang dihadapinya, membantu klien untuk mengakui peluang yang sebenarnya dan seterusnya mengubah pemikiran dan tindakan yang seharusnya dilakukan oleh klien.

Kesimpulan

Namun begitu Konfrantasi yang digunakan oleh kaunselor amat bergantung kepada situasi dan keadaan serta tahap penerimaan klien. Adakalanya konfrantasi yang dilakukan tidk diterima oleh klien. Justeru itu, kaunselor perlu memberi perhatian yang lebih untuk menolong klien dengan mencabar mereka dengan isu-isu yang ditimbulkan.

No comments: