Saturday, April 4, 2009

BAB 11

Eliciting and Refelcting Meaning : Helping Clients Explore Value and Beliefs
( Membongkar dan Merefleksikan Maksud : Menolong Klien Untuk
Meneroka Nilai dan Kepercayaan )

Bantuan terhadap klien bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi seseorang kaunselor ialah ia perlu mendengar dengan baik akan kisah yang diceritakan kepadanya serta cuba untuk memahami perasaan dan apa yang sedang difikirkan oleh klien. Ketika ini seseorang kaunselor perlu menggunakan segala kemahiran mendengar yang ia ada bagi membantu kliennya seikhlas mungkin.

Teknik menyoal klien merupakan salah satu asas untuk memahami nilai dan isu yang sedang dialami oleh klien. Justeru itu , kaunselor perlu membantu klien untuk meneroka masalah yang dihadapi, pada kebiasaannya klien akan memperlehi cara penyelesaian yang diterima berdasarkan kekuatan yang ada pada mereka.

Dalam usaha menolong klien untuk mengenal pasti bagaimana dan mengapa wujudnya permasalahan diri klien, kaunselor perlu menguasai tahap komunikasi iaitu perbualan dan tindakan. Selain itu, refleksi perasaan adalah perlu untuk seseorang kaunselor membezakan di antara perasaan emplisit atau eksplisit.

Sebagai panduan ,terdapat lima cara untuk seseorang kaunselor menggambarkan maksud yang terkandung dalam tingkahlaku, pemikiran dan perasaan klien .Antara tersebut adalah kaunselor perlu menyedari terdapat 4 dimensi iaitu tingkahlaku, pemikiran, perasaan dan makna.Kesemua dimensi ini bergerak secara serentak sama ada dalam kaunseling individu atau kelompok. Dimensi merupakan suatu sistem yang berkait,oleh itu dan jika satu aspek berubah maka aspek yang lain pun akan turut berubah.

Penggunaan parafrasa untuk menangap makna percakapan, relfeksi perasaan, memerhati tingkahlaku dan merefleksi makna kepada makna amat diperlukan semasa proses kaunseling sedang berlangsung.Langkah seterusnya ialah kaunselor perlu berusaha untuk membantu klien bagi memcehkan tingkah laku yang kompleks.Ini disebabkan kebanyakan klien yang datang untuk bersesi mengalami masalah yang sama iaitu persoalan tentang makna.Mereka masih tercrari-cari apakah makna sebenar permasalahan yang berlaku dan kaunselor perlu membantu dan menerangkan makna sebenar persoalan yang dihadapi.Ketika inilah kaunselor membantu klien mendalam isu dan mencari jalan penyelesaian.Beberapa teknik dan pendekatan telah disatukan sebagai usaha untuk penyatuan.Justeru itu ,pelbagai pendekatan digunakan untuk membangunkan kaunseling dan terapi ini.Data yang diproses adalah berdasarkan kepada persekitaran dan sosial budya klien.Dalam proses ini,kaunselor akan cuba untuk mencungkil dan membuat refleksi makna menggunakan teknik penyoalan,refleksi perasaan atau prafasa

Merefleksikan makna mempunyai 3 tahap. Tahap yang pertama ialah mendalami pelbagai alternatif makna dan sistem nilai, kedua perbincangan tentang skil dan kemahiran yang digunakan dan yang ketiga pula ialah memasukkan refleksi makna dalam konteks teori.

Apa yang dimaksudkan dengan makna dan sistem nilai merupakan perkara yang mempunyai kaitan dengan latar belakang, sejarah keluarga, komuniti, budaya, etnik, keagamaan dan yang seumpamanya yang berkaitan dengan diri klien. Perkaa ini terlalu penting untuk diterpkai oleh seorang kaunselor kerana dengannya kaunselor dapat membantu klien dan menyesuaikan masalah klien serta mencari penyelesaian berdasarkan kepada keagamaan dan sistem kehidupan klien.

Pelbagai bentuk soalan perlu diajukan kepada klien untuk mendapatkan refleksi bermakna dari klien kerana pada kebiasaannya klien yang datang tidak akan membincangkan tentang isu-isu yang bermakna. refleksi makna dari klien ialah.

Terdapat beberapa strategi untuk mencungkil makna antaranya ialah kaunselor perlu Mencungkil tingkah laku, pemikiran dan perasaan, memerhati klien dan menggunakan basic listening sequence.

Kedua ialah kaunselor perlu menggunakan perkataan klien itu sendiri untuk mengenal pasti aspek yang penting dan bermakna bagi diri klien.
Ketiga ialah kaunsleor perlu memasukkan parafrasa dalam kenyataan klien dan kaunselor perlu mengenal pasti apa yang dikatakan oleh klien secara kerap dan merujuk kembali kepada klien jika ianya agak mengelirukan.
Dan yang terakhir ialah menutup sesi dengan memeriksa kembali apa yang dikatakan oleh klien seperti ”adakah ianya betul?” Pertanyaan begini akan membantu kaunselor untuk merefleksikan makna.
Kemungkinan yang akan berlaku ialah pertembungan dua makna yang berbeza semasa sesi sedang berlangsung.Hal ini amat kompleks dan sukar dirungkai.Dengan menggunakan teknik penyoalan, refleksi perasaan dan seumpamanya, mungkin akan membantu klien untuk mengenal pasti maksud dan tahap konflik yang dihadapi.
Refleksi makna kebiasaannya diperolehi hasil daripada percakapan klien dan boleh diperolehi di dalam sesi kaunseling yang dijalankan. Pada kebiasannya ia banyak dipengaruhi oleh refleksi makna yang negatif. Hal demikian wujud kerana klien yang bermasalah tidak mampu untuk melihatnya secara positif. Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab bagi seorang kaunselor untuk menukarkan makna yang negatif kepada yang lebih positif dengan menyoal situasi tersebut dan membawa kepada perasaan dan penerimaan yang positif. Untuk situasi klien yang mengalami trauma makna yang positif agak lambat untuk diperolehi. Jika sekiranya klien bersedia untuk berkongsi konflik, ia boleh menolong kaunselor melihat tentang budaya dan individu yang berbeza ke arah untuk merefleksikan makna.

Kesimpulan

Makna tidak dapat dilihat pada tingkah laku tetapi ianya dapat dijelaskan melalui pemikiran berhubung dengan asas yang akan diperolehi. Menolong klien melihat makna dan tujuan kehidupan mereka adalah motivasi dan pegangan arah untuk mereka berubah.

No comments: