Saturday, April 4, 2009

Influencing Skills: Six Strategies for Change
( Pengaruh Skil-skil: Enam Strategi Untuk Berubah)

Selain dari konfrantasi, fokus dan refleksi makna dalam sesi kaunseling, terdapat beberapa penambahan yang difikirkan perlu kepada kaunselor iaitu enam kemahiran yang boleh diguna pakai oleh kaunselor dalam sesi yang dijalankan. Antara kemahiran-kemahiran yang mempengaruhi sesi adalah arahan, penafsiran dan tindak balas yang kebiasaannya digunakan ketika mendengar secara aktif, penegasan dan perkataan yang tepat, pemerhatian dan pengesahan dari klien menunjukkan kesan kepada perhatian kaunselor.

Terdapat beberapa strategi ketika mendengar .Untuk menggabungkan kemahiran dan tindak balas klien adalah seperti berikut dan iaitu yang pertama ialah kaunselor perlu memberi perhatian dan mendengar daripada klien dan memahami kenapa beliau datang kepada kaunselor, menilai klien dan melihat sesuatu yang relevan dengan personaliti klien.Memerhati tindakan dan membawa sesi kaunseling ke tahap seterusnya. Enam strategi yang diperlukan untuk merubah klien ialah seperti berikut.

Penafsiran atau merangka semula (interpretation/ reframing) merupakan suatu teknik yang lebih kepada penceritaan semula. Dalam penceritaan semula, klien akan menceritakan masalah mereka dengan cara yang baru, lebih kepada yang positif, penceritaan yang menunjukkan pemikiran, perasaan dan tindakan yang baru. Dalam tahap ini, kaunselor boleh melakar melalui pemerhatian klien, pengalaman sendiri. Penguasaan teori akan menolong klien untuk menentukan tindakan yang akan diambil.

Amaran adalah satu cara untuk memberitahu sesorang tentang akibat yang akan diterima (logical consequences)kesan daripada sesuatu kejdian. Kaunselor boleh memberitahu klien yang melakukan perbuatan negatif tentang akibat akan diperolehi jika bertindak demikian.

Terdapat lima langkah untuk menunjukkan kesesuaian dalam tindakan klien iaitu dengan menggunakan kemahiran mendengar kaunselor akan dapat memastikan adakah ia memahami masalah klien dan merasainya.Langkah pertama ialah kaunselor perlu menggalakkan klien memikirkan tentang positif dan negatif akibat yang diputuskan.Kedua ialah menunjukkan data yang menyokong akibat positif atau negatif berkenaan perkara yang diputuskan .Merumuskan tentang positif dan negatif.dan yang terkhir ialah dengan membantu klien untuk memilih tindakan yang akan dilakukan.

Kebanyakan teori bersetuju bahawa pendedahan sendiri (self-disclosure) semasa permulaan kaunseling akan dapat membina hubungan yang baik antara klien dan kaunselor. Pendedahan ini boleh dimulakan dengan mengutarakan soalan berbentuk terbuka. Untuk menunjukkan fikiran dan perasaan kaunselor kepada klien perkara berikut perlu dilakukan.Yang pertama ialah menggunakan ganti nama diri kaunselor.Kedua menggunakan kata kerja untuk menunjukkan perasaan ,ketiga ialah dengan menggunakan adverb dan adjektif dalam menghuraikan kenyataan klien dan yang terakhir ialah menzahirkan perasaan yang sesuai.

Maklum balas (feedback) adalah satu yang amat penting dalam proses melayan dalam kaunseling. Ia bertujuan untuk mendapatkan data yang tepat dari klien. Antara yang perlu diambil kira ketika melakukan maklum balas ialah yang pertama ialah klien berada dalam keadaan bersedia.,memberi fokus kepada kekuatan,mesti konkrit dan spesifik,tidak menghakimi,memberi maklum balas yang tepat.dan memeriksa sama ada maklum balas itu diterima atau tidak.

Maklumat/ nasihat/ pendapat/ cadangan merupakan strategi yang digunakan untuk membantu klien memutuskan dan membina semula perkara yang positif dalam menyelesaikan konflik yang dialami. Ianya memberi pilihan kepada klien untuk mendapatkan keputusan yang terbaik.

Arahan (directives) biasanya digunakan dalam membina cerita baru, namun ia amat penting dalam proses menolong klien untuk berubah kepada yang lebih positif. Ia boleh ditunjukkan dengan bahasa badan, nada suara, konteks mata selain dari ekspresi secara verbal dan kaunselor dengan sendiri dapat melihat penerimaan klien.

Kesimpulan
Kaunselor perlu lebih mahir dan spesifik dalam menggunakan strategi untuk membuat penafsiran dan membina semula cerita klien ketika mengadakan sesi kaunseling.

No comments: