Saturday, April 4, 2009

BAB 13
Skill Integration : Putting It All Together
Skill Integration : Putting It All Together ( Intergrasi Kemahiran Menggunakannya Bersama-sama)


Decisional conseling merupakan suatu kaedah perumusan moden yang diambil daripada Teori Trait dan Factor. Teori ini menyatakan dalam membuat keputusan secara keseluruhannya ia memerlukan penglibatan klien dalam secara maksimum kerana keputusan yang diambil bakal mencorakkan kehidupan klien.

Terdapat 3 tahap untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh iaitu:
1. Pengenalpastian masalah dengan jelas.
2. Penghasilan soalan alternatif.
3. Pemutusan tindakan yang bakal diambil.

Matlamat decisional counseling adalah untuk memudahkan pembuatan keputusan semasa dan selepas sesi berlangsung.Justeru itu, klien perlu membuat keputusan berdasarkan beberapa perkara seperti yang tersenarai.Antaranya ialah :
1. Membuat pertimbangan tentang sikap, kebolehan, kemahiran dan minat.
2. Berdasarkan kepada faktor persekitaran.
3. Membina alasan yang benar dalam pehubungan.

Teori Trait and Factor digunakan bertujuan untuk mencari bentuk kepalsuan yang ditimbulkan oleh klien dan seterusnya membuat keputusan. Peranan emosi dalam membuat keptusan perlu diambil kira dan tidaak boleh sama sekali diketepikan.Klien perlu membuat sesuatu keputusan dengan mengambil kira fakta dari masalah yang dialami, pilihan untuk menyelesaikannya, hasil dari cadangan dan kepentingan dan hasil cadangan kepada perasaan dan emosi.
Lima tahap kaunseling perlu dikuasai oleh setiap kaunselor agar mereka lebih berkemahiran dalam menangani permaslaahan yang diuatarakan serta dapat memahirkan diri mereka untuk menjalankan proses melayan dan menolong klien.Lima tahap tersebut adalah sesi permulaan – membina hubungan dan penstrukturan, penerokaan dan mengumpul data, menetapkan matlamat, mengambil tindakan dan penamatan.

Dalam proses melayan pula terdapat tiga tahap yng idperlukan, pertamanya berbincang dan sesi, kedua memilih kemahiran yang ingin digunakan dan ketiga menilai proses dan membantu klien. Setiap sesi kaunseling yang dijalankan perlu dirancang terlebih dahulu oleh kaunselor. Proses kaunseling perlu sama dengan objektif kaunseling tersebut.

Selain itu referral adalah rujukan yang boleh digunakan kaunselor untuk menolong klien bagi mendapatkan maklumat tentang komuniti klien dan bagaimana mereka dibesarkan. Antara referral yang boleh digunakan ialah membina genogram komuniti. Referral ini boleh membina hubungan yang lebih kukuh di antara kaunselor dan klien.

Kemahiran-kemahiran yang digunakan oleh kaunselor mempunyai impak yang besar kesan kepada klien.Justeru itu kaunselor perlu menggunakan segala kemahiran yang ada dengan berhati-hati kerana segala kemahiran yang digunakan sedikit sebanyak akan mempengaruhi kehidupan klien seterusnya.Kerana itu ketika menjalankan proses membina hubungan contohnya ,kaunselor perlu menggunakan kemahiran memerhati klien dengan melakukan kemahiran konfrantasi .Kemahiran ini hanya boleh digunakan jika kaunselor mendapati terdapat keraguan atau tidak kongreun antara percakapan dengan unverbal klien. Selain itu penggunaan kemahiran refleksi perasaan, parafrasa dan seumpamanya untuk diperlukan untuk menunjukkan kepada klien bahawa kaunselor memahami konflik dan situasi yang sedang dihadapinya.


Untuk penerusan sesi kaunsleing maka adalh penting untuk kaunselor membuat perancangan .Sesi kaunseling yang seterusnya merupakan kesinambungan kepada sesi kaunseling sesi yang sebelumnya yang bertujuan mendapatkan dan mencapai serta memantapkan lagi matlamat yang telah ditetapkan. Dalam sesi yang seterusnya ,ia juga perlu menggunakan lima tahap yang telah ditetapkan dalam proses kaunseling. Kaunselor juga perlu mengutamakan masalah klien dan menyenaraikan aset kekuatan yang dipunyai oleh klien untuk mencapai matlamat yang telah dibincangkan pada awal sesi. Beberapa strategi alternatif diperlukan untuk mengubah perkara negatif yang terdapat pada diri klien. Justeru itu ,kuaunselor dan klien perlu membuat rumusan secara menyeluruh dalam rawatan yang telah dirancangkan.


KESIMPULAN
Pengintergrasian kemahiran amat diperlukan dalam sesi kerana sebagai kaunselor ia amat perlu agar sesi yang berlangsung akan menjadi lebih efisyen.Justeru itu,Pengintegrasian kemahiran akan menjadikan sesi itu lebih menarik dan bermakna terutama kepada klien yang amat mengharapkan bantuan daripada kaunselor.

No comments: